Pages

Selasa, 29 November 2011

sambungan Sejarah Abu Hurairah


32. Abu Bakr menjadi ketua perwakilan Haji tahun 9H dan Abu Hurairah diwakilkan untuk mengumumkan surah al-Bara’ah pada tahun yang sama

            Al-Bukhari[72] dan Muslim[73] mengambil riwayat daripada Hamid bin ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf, Abu Hurairah pernah meriwayatkan kepadanya bahawa semasa musim haji, Nabi (s.‘a.w) melantik Abu Bakr sebagai ketua perwakilan haji, setahun sebelum haji Wida‘. Abu Bakr pula mengutuskanku pada hari korban di kalangan sekumpulan orang yang ditugaskan membuat pengumuman kepada orang ramai bahawa orang-orang kafir tidak akan dibenarkan menunaikan haji, dan juga melakukan tawaf dalam keadaan tidak berpakaian selepas tahun ini.

            Al-Bukhari juga turut mengambil riwayat[74] menerusi Hamid daripada Abu Hurairah yang berkata: Abu Bakr mengutuskanku pada tahun itu di kalangan orang yang akan membuat pengumuman yang dihantar pada hari haji (al-hijjah) untuk membuat perisytiharan di Mina bahawa selepas tahun ini, tidak ada orang kafir yang melakukan haji dan tawaf dalam keadaan tidak berpakaian. Selepas itu, Nabi (s.‘a.w) mengutuskan ‘Ali (‘a.s) mengikutinya dari belakang dengan perintah untuk mengumumkan surah Bara’ah tersebut, lalu dia membuat pengumuman bersama-sama kami di kalangan penduduk Mina pada hari Qurban.

Kritikan

Tidak hairan Abu Hurairah dan Hamid menghasilkan hadith palsu ini kerana itulah hari-hari ketika Bani Umaiyyah masih berkuasa dan penentangan mereka terhadap ‘Ali (‘a.s) dan kaum kerabat Nabi (s.‘a.w) dan tuduhan serta tohmahan terhadap manusia-manusia suci begitu lumrah bertujuan untuk mendapatkan sumber kewangan dan kedudukan daripada para pemerintah. Kita telah melihat bahawa Abu Hurairah datang kepada Bani Umaiyyah untuk mendapat habuan duniawi.

            Hamid pula salah seorang yang biasanya mereka hadith seperti itu sebagai contoh: Mu‘awiyah salah seorang daripada Bani Umaiyyah dan musuh paling ketat dalam permusuhan dan kejahatan secara tersembunyi. Ibunya Kalthum binti ‘Uqbah yang merupakan adik al-Walid bin ‘Uqbah dan neneknya adalah sama sebagai ibu kepada ‘Uthman bin ‘Affan (khalifah ketiga), bapa Hamid pula ialah ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf yang memang diketahui menentang ‘Ali (‘a.s), menjadikan ‘Uthman sebagai khalifah pada hari Syura.

            Sebagai bukti bagi menentang kesahihan hadith ini, patut diperhatikan juga bahawa terdapat sebuah hadith diriwayatkan oleh al-Hakim[75] mengisytiharkannya sebagai benar, turut diceritakan oleh al-Dhahabi dalam Talkhis mengakui kebenarannya, menunjukkan bahawa sebelum mengikuti Bani Umaiyyah di Syria, Abu Hurairah biasanya mengatakan: Aku adalah di antara orang-orang yang diwakilkan oleh Nabi (s.‘a.w) bersama-sama dengan ‘Ali (‘a.s) untuk mengumumkan surah Bara’ah. Anaknya kemudian bertanya: Apakah pengumuman yang kamu buat itu, katanya: Kami biasa mengatakan: Tiada seorang pun masuk syurga kecuali orang mu’min, dan selepas tahun itu, tiada orang kafir dibenarkan melakukan haji atau tawaf dalam keadaan tidak berpakaian. Sekiranya ada sebarang perjanjian di antara seseorang dengan Nabi (s.‘a.w), masanya selama 4 bulan Aku umumkan hal ini sehingga suaraku menjadi tersekat-sekat.”

            Sekarang, hadith di atas diakui kesahihannya oleh ahli-ahli hadith yang terkenal dan dalam kandungannya, tidak ada diselitkan nama Abu Bakr sama sekali dan ia jelas menunjukkan bahawa orang yang diutuskan pada tahun itu oleh Nabi (s.‘a.w) untuk menunaikan haji ialah ‘Ali (‘a.s)  yang ditugaskan mengepalai mereka, tetapi dalam hadith yang diperdebatkan ini Abu Hurairah telah mengubahkan kepimpinan perwakilan itu kepada Abu Bakr.

            Seterusnya ketika Abu Hurairah dilantik oleh Nabi (s.‘a.w) bersama-sama ‘Ali (‘a.s), bagaimana mungkin dia mengatakan: Abu Bakr mengutuskanku pada musim haji tahun itu di kalangan  sekumpulan orang….” dan kenapakah dia harus mengatakan “ selepas itu, Nabi (s.‘a.w) mengutuskan ‘Ali (‘a.s) mengikuti dari belakang dengan perintah membuat pengumuman dan dengan itu dia membuat pengumuman bersama-sama kami?”

            Bukankah ia merupakan suatu komplot yang licik untuk merahsiakan kebenaran itu? Kebenaran tentang seluruh peristiwa itu adalah seperti yang dinyatakan di bawah:

            Pertama:  Ringkasnya adalah semasa surah Bara’ah diwahyukan kepada Nabi (s.‘a.w), dia mewakilkan Abu Bakr membacakannya kepada orang ramai pada musim haji untuk memberitahu bahawa Allah dan Rasul-Nya berlepas diri daripada golongan kafir, penolakan semua bentuk perjanjian dengan mereka, melarang mereka daripada menghampiri Ka‘bah, menerangkan pengharaman syurga kepada mereka, dan tiada seorang pun boleh menunaikan haji dalam keadaan tanpa pakaian. Dia tidak dapat pergi jauh kerana Allah kemudian mewahyukan kepada Nabi (s.‘a.w): “ Tiada seorang jua pun yang dapat melakukan tugas tersebut kecuali dirimu ataupun seorang daripada dirimu.”

            Oleh itu, Nabi (s.‘a.w) mengutuskan ‘Ali (‘a.s) dan memerintahkannya memintas Abu Bakr, dan mengambil balik surah Bara’ah daripadanya, kemudian terus menuju ke Makkah untuk menjalankan tugas bagi pihak Allah dan Rasul-Nya di samping menunaikan amanah sebagai pemimpin haji. Dia juga memerintahkannya untuk membenarkan Abu Bakr memilih sama ada terus bersama-samanya ataupun balik ke kota Madinah.

            Berikut dengan itu, ‘Ali (‘a.s) terus menunggang unta Nabi (s.‘a.w) bernama Azba dan memintas Abu Bakr yang menanyakannya: “Apa yang engkau bawa wahai ‘Ali? Dijawab: Nabi (s.‘a.w) memerintahkanku bahawa aku hendaklah mengambil balik ayat-ayat itu daripadamu dan membacakan perjanjian-perjanjian kepada golongan kafir dan kamu bebas sama ada untuk mengikutiku atau kembali ke Madinah. Abu Bakr berkata: Aku lebih suka berpatah balik kepada Nabi (s.‘a.w), lalu ‘Ali meneruskan perjalanannya ke Makkah dengan jemaah haji Madinah sementara Abu Bakr kembali ke Madinah, kemudian dia berkata: Engkau mengamanahkanku tugas yang dicemburui ramai orang dan apabila aku mengambilnya, engkau mengambilnya kembali daripadaku. Apakah sebabnya? Adakah wahyu Allah diturunkan mengenaiku? Nabi menjawab: Tidak, tetapi Jibril (‘a.s) datang kepadaku daripada Allah sambil memberitahu: Tiada seorang pun yang boleh menjalankan tugasmu kecuali engkau sendiri atau seorang daripada dirimu. Oleh kerana ‘Ali adalah diriku, maka tiada orang lain yang boleh menjalankan tugas itu kecuali ‘Ali.” Riwayat ini diakui sebagai riwayat yang bersambung-sambung dirawikan daripada Ahl al-Bayt (‘a.s).

Kedua: Ahmad ibn Hanbal mencatatkan peristiwa ini dalam Musnadnya[76] dengan kata-kata Abu Bakr sendiri: Nabi (s.‘a.w) mewakilkanku surah Bara’ah untuk diumumkan kepada penduduk Makkah bahawa selepas tahun ini, tiada seorang kafir boleh melakukan haji atau tawaf dalam keadaan tanpa pakaian, tiada seorang pun boleh masuk syurga kecuali orang muslim, dan bahawa sekiranya terdapat perjanjian di antara sesiapa dengan Nabi (s.‘a.w), masanya telah ditetapkan dan bahawa Allah dan Rasul-Nya berlepas diri daripada semua bentuk ikatan terhadap orang mu’min. Oleh itu, aku mengambilnya,kemudian Nabi (s.‘a.w) berkata kepada ‘Ali (‘a.s): Kejar Abu Bakr, kembalikannya kepadaku dan kamu bawalah surah tersebut.” ‘Ali (‘a.s) melakukan demikian dan aku kembali ke Madinah. Apabila aku dipanggil oleh Nabi (s.‘a.w), aku menangis sambil berkata: Ya Rasulullah, adakah sesuatu diwahyukan berhubung dengan diriku? Nabi menjawab: Tidak ada yang diwahyukan tentang dirimu kecuali yang baik, tetapi aku telah  diperintah bahawa tiada orang lain dibenarkan membawa surah itu kecuali aku atau salah seorang daripada diriku.

            Ahli hadith, al-Nasa’i menceritakan suatu riwayat ‘Ali (‘a.s) yang menyebutkan ketika 10 ayat daripada surah Bara’ah diwahyukan, Nabi (s.‘a.w) mengutuskan Abu Bakr dan mereka yang lain bersama-samanya untuk membaca ayat-ayat itu kepada penduduk Makkah. Lalu dia mengutuskanku dan berkata: “ Kejar Abu Bakr dan apabila kamu menemuinya, ambillah balik surah itu daripadanya, kemudian bawakannya kepada penduduk Makkah dan bacakannya kepada mereka. Lalu aku mengejarnya, mengambil balik tulisan itu dan dia kembali kepada Nabi (s.‘a.w) dan berkata kepadanya: Ya Rasulullah! Adakah sesuatu telah diwahyukan mengenai diriku? Nabi menjawab: Tidak, tetapi Jibril (‘a.s) telah datang kepadaku dan mengatakan: Tiada seorang pun boleh melaksanakan tugas itu kecuali kamu (Muhammad) dan seorang daripada dirimu.”

            Orang ramai bertanya kepada Hasan al-Basri tentang ‘Ali (‘a.s) ketika dia mengatakan: Apa yang boleh  aku katakana tentang seorang yang mempunyai empat (4) sifat dalam dirinya. Dia diamanahkan surah Bara’ah, juga kata-kata Nabi (s.‘a.w) tentang dirinya pada hari Perang Tabuk dan sekiranya ‘Ali (‘a.s) mempunyai kekurangan sesuatu, Rasulullah (s.‘a.w) akan menyebutkannya, kemudian Nabi (s.‘a.w) bersabda: Dua perkara yang sangat berat, Kitab Allah dan Ahl al-Baitku,” dan tiada seorang pun pernah dijadikan ketua ke atas dirinya sementara orang ramai dijadikan ketua-ketua kepada yang lain.” Ini adalah kata-kata al-Hasan al-Basri yang sebenar seperti yang dicatatkan oleh al-Humaidi.[77]

Ketiga: Pengumuman dalam persoalan yang membabitkan beberapa perkara penting seperti penolakan perjanjian dengan golongan kafir, menegah mereka daripada haji, mengisytiharkan bahawa golongan kafir tidak akan masuk syurga dan perisytiharan terbuka bahawa Allah dan Rasul-Nya berlepas diri daripada mereka. Ini merupakan perkara-perkara yang dibuat bagi menyempurnakan agama dan meneguhkan kuasa dan autoriti umat Islam, dan di satu pihak, ia menjadi bukti yang jelas tentang kelemahan dan ketundukan golongan kafir.

            Jelaslah bahawa Allah menginginkan kemuliaan dengan menjadikan perisytiharan penting itu diberikan kepada ‘Ali (‘a.s) dan untuk itu, Dia (Allah) memberikan perintah kepada Rasul-Nya bahawa tugas berat itu hendaklah dijalankan hanya oleh ‘Ali (‘a.s). Ini diakui sendiri oleh Nabi (s.‘a.w) yang bersabda:

“ ‘Ali (‘a.s) bersama-sama al-Qur’an dan al-Qur’an bersama-sama ‘Ali,”[78]

seperti yang diutarakan oleh al-Hakim[79] daripada al-Bukhari dan Muslim, dan juga al-Dhahabi dalam Talkhisnya yang mengakui kesahihan hadith tersebut.

Keempat: Bukti sejarah menunjukkan bahawa sekumpulan besar manusia bermusuh dan cemburu terhadap ‘Ali (‘a.s) kerana kelebihan dan kedudukan yang tinggi dan hampir dengan Nabi (s.‘a.w) yang tidak dinikmati orang-orang lain khususnya menerusi rancangan jahat Mu‘awiyah dan anggota-anggota Bani Umaiyyah lain yang tidak akan membiarkannya begitu sahaja bahkan akan menimbulkan perasaan benci kepada ‘Ali (‘a.s) dan anggota-anggota Ahl al-Bait yang lain (dan sama ada untuk menghapuskan hadith-hadith Rasulullah (s.‘a.w) yang memujinya ataupun memutarbelitkannya dengan tambahan atau pindaan kata-kata yang boleh merendahkan kedudukannya yang mulia, lebih-lebih lagi dengan meletakkan hadith-hadith seumpama itu yang memuji-muji ketiga-tiga orang khalifah, yang menjadi musuh-musuhnya.
            Hadith yang diteliti ini adalah salah satu contoh bagaimana dengan arahan ataupun dengan tujuan mendapatkan ganjaran daripada Mu‘awiyah, Abu Hurairah telah menukarganti teks keseluruhan peristiwa itu sehingga ia tidak meninggalkan sebarang kesan kebaikan atau kemuliaan kepada ‘Ali (‘a.s), bahkan sebaliknya merendahkan kedudukannya.

            Seperti yang dapat dilihat dalam suatu riwayat hadith ini yang disebutkan oleh Abu Hurairah yang berkata: Abu Bakr mengutuskanku pada tahun itu di kalangan orang ramai pada musim haji untuk membuat pengumuman di Mina bahawa tiada orang kafir dibenarkan melakukan haji atau bertawaf tanpa berpakaian selepas tahun itu. Oleh itu, Nabi (s.‘a.w) mengutuskan ‘Ali (‘a.s) dari belakang dengan perintah untuk membuat pengumuman itu, lalu dia membuat pengumuman bersama-sama dengan kami kepada orang ramai pada musim haji.

            Cara pemutarbalikan hadith sahih yang dilakukan itu boleh dilihat dengan jelas di sini. Dengan berbuat demikian, dengan cara yang cekap menukarkan hadith rekaan Abu Hurairah, ia cuba mencapai dua (2) tujuan:

Pertama:  Pada hakikatnya, pengepalaan perwakilan haji diserahkan kepada Abu Bakr yang menganggap ‘Ali (‘a.s) tidak benar-benar layak untuk melakukan tugas yang dipersoalkan itu, dan untuk tujuan itu, Abu Hurairah dihantar dengan sekumpulan orang yang sepertinya untuk membantu.

Kedua:  Bahagian ‘Ali (‘a.s) dalam menyempurnakan tugas ini tidak lebih dan bahkan tidaklah lebih baik daripada Abu Hurairah dan kumpulan yang Abu Bakr hantar untuk membuat pengumuman sedangkan ‘Ali (‘a.s) tetap berada bersama-sama mereka berkongsi melaksanakannya.

            Sebenarnya, walau bagaimana ia dibuktikan, seperti yang dapat dilihat lebih awal bahawa Allah tidak menganggap Abu Bakr layak untuk melakukannya dan kemudian memerintahkan Nabi (s.‘a.w) memanggilnya kembali dan menyerahkan tugas itu untuk disempurnakan oleh 2 orang sahaja, dan tidak ada orang ketiga yang boleh menyainginya iaitu sama ada Nabi atau wasinya, ‘Ali (‘a.s).

            Akhir sekali, patut diingat bahawa semasa pemerintahan Mu‘awiyah, pemalsuan hadith adalah suatu perkhidmatan yang menguntungkan, melibatkan ramai orang dan sekutu-sekutu pemerintah, dan mereka pula disokong oleh pemerintah yang sebaliknya sibuk menyebarkan dakyah bahawa para pemalsu hadith itu adalah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan alim, dan dalam proses penyebaran hadith-hadith yang dihasilkan oleh mereka kepada orang ramai agar hadith-hadith itu dapat diketahui umum sebagai hadith yang sahih dan benar. Dalam usaha memberikan kepercayaan kepada hadith-hadith palsu mereka, mereka tanpa berselindung mengaitkannya sama ada kepada ‘Ali (a.s) sendiri atau kepada sepupu yang dipercayainya, ‘Abdullah bin al-‘Abbas, ataupun sahabat besar dan sekutunya, Jabir bin ‘Abdullah al-Ansari atau bahkan kepada cucu dan pewaris ilmunya, Imam Muhammad al-Baqir (‘a.s).

            Sebelum mengakhiri perbincangan ini, sebagai tambahannya sepanjang hidup Nabi (s.‘a.w), ‘Ali (‘a.s) tidak pernah diletakkan di bawah pimpinan mana-mana orang selain daripada Nabi (s.‘a.w) sendiri. Oleh itu, ‘Ali tidak berada dalam tentera Usamah, dalam tentera ‘Amru bin al-‘As, dalam kelompok Abu Bakr dan ‘Umar ketika mereka ditugaskan di Khaybar secara silih berganti, dan masing-masing kembali dengan gagal, kemudian ‘Ali (‘a.s) diutuskan dengan diletakkan kedua-duanya di bawah pengendaliannya dan Allah memuliakannya dengan kemenangan. Sekali lagi, ketika satu gerombolan diutus ke Yaman di bawah Khalid bin al-Walid dan yang lain-lain di bawah ‘Ali (‘a.s), Nabi (s.‘a.w) memerintahkan bahawa apabila kedua-duanya bergabung, ‘Ali (‘a.s) akan memegang kepimpinan. Kedudukan ‘Ali (‘a.s) yang unik ini tanpa sebarang keraguan lagi telah disepakati oleh semua. Menurut al-Hakim,[80] Ibn al-‘Abbas biasanya berkata: ‘Ali mempunyai empat (4) kelebihan yang tidak dimiliki sesiapa pun jua iaitu beliau merupakan orang yang pertama di kalangan Arab dan juga bukan Arab yang menunaikan salat bersama-sama Nabi (s.‘a.w), dan Rasulullah (s.‘a.w) sentiasa bersama-sama dengannya dalam setiap pergerakan tentera. Begitulah juga Hasan al-Basri biasanya menyebutkan: Tiada seorang pun pernah ditempatkan mengatasi ‘Ali (‘a.s) sebagai pemimpin, sedangkan mereka (yang lain) diletakkan di bawah kepimpinan orang lain.

33. Malaikat bercakap dengan ‘Umar

            Al-Bukhari[81] bercerita mengenai keutamaan ‘Umar, menerusi sumber-sumber yang sampai kepada Abu Hurairah bahawa Nabi (s.‘a.w) dikatakan bersabda: 

“Sebelum kamu, terdapat beberapa orang di kalangan Bani Isra’il yang biasa berbicara dengan malaikat, walaupun mereka bukan nabi, dan sekiranya ada orang yang seperti itu di kalangan umatku, maka dia ialah ‘Umar…”

            Sekali lagi al-Bukhari[82] menceritakan menerusi para perawi yang berakhir dengan Abu Hurairah bahawa Nabi (s.‘a.w) dikatakan bersabda:

“Terdapat di kalangan umat nabi-nabi sebelummu, sahabat dalam berbicara (dengan malaikat) dan sekiranya ada orang yang seperti itu di kalangan umatku ini, tentulah dia ialah ‘Umar.”

Kritikan

            Terbukti ini di antara hadith-hadith palsu yang direka atas desakan politik dan keburukan zaman itu dengan tujuan untuk mengangkat kedudukan Abu Bakr dan ‘Umar hampir dengan kedudukan Nabi (s.‘a.w) dan dengan tujuan untuk merendah-rendahkan keutamaan dan kedudukan ‘Ali (‘a.s) yang tinggi sebagai pengganti Nabi (s.‘a.w) yang benar-benar layak. Cukuplah dikatakan bahawa sekiranya Abu Hurairah meriwayatkan hadith ini pada zaman ‘Umar, tali sebat khalifah tentunya akan singgah di belakang badannya. Tetapi selepas ‘Umar, jalan terbuka luas baginya untuk melakukan apa sahaja yang disukainya untuk menggembirakan majikannya, Mu‘awiyah.

            Selanjutnya, diketahui umum di kalangan para sarjana dan ilmuan bahawa orang-orang dari kalangan umat terdahulu yang menikmati kedudukan tinggi dapat bercakap dengan malaikat terdiri sama ada nabi-nabi atau para penggantinya. Dalam apa keadaan, mereka adalah manusia ma‘sumun (terpelihara daripada dosa) sementara itu, biarpun seluruh kedudukannya yang mulia dalam siyasah Islam sebagai seorang khalifah yang keras, ‘Umar bukanlah seorang nabi atau pengganti nabi, dan bukan pula seorang yang ma‘sum dan terlepas daripada kesalahan. Oleh yang demikian, tidak timbul persoalan malaikat bercakap dengannya dalam keadaan sebenar, mahupun dalam bentuk gambaran semata-mata.






34. Warisan pusaka Nabi (s.‘a.w) adalah sadaqah

            Al-Bukhari[83] dan Muslim[84] menceritakan suatu riwayat  yang sampai kepada Abu Hurairah bahawa Nabi (s.‘a.w) bersabda:

“Warisan pusakaku tidak akan dibahagikan seperti dinar, apa sahaja yang aku tinggalkan selepas ini, peruntukan isteri-isteri dan hamba-hambaku adalah berupa sadaqah.”

Kritikan

            Terdapat riwayat hadith yang diceritakan daripada Abu Bakr seorang sahaja daripada Nabi (s.‘a.w) yang menentang warisan pusaka Fatimah al-Zahra’ (‘a.s) seperti yang dinyatakan oleh kedua-dua orang tokoh hadith, al-Bukhari dan Muslim menerusi sumber-sumber yang sampai kepada ‘A’isyah yang berkata: Fatimah (‘a.s), anak perempuan Nabi (s.‘a.w) telah mengungkapkan kata-kata berikut kepada Abu Bakr yang meminta bahagiannya daripada hak warisan Nabi (s.‘a.w). Abu Bakr mengatakan: Rasulullah (s.‘a.w) telah bersabda: Kami para nabi tidak diwarisi, apa sahaja yang kami tinggalkan adalah berupa sadaqah.”

            Fatimah al-Zahra’ (‘a.s) merasa sungguh sedih terhadap sikap Abu Bakr dan enggan bercakap dengannya sehingga beliau (‘a.s) wafat. Sewaktu beliau wafat, suaminya mengebumikan jenazahnya pada waktu malam (menurut kehendak wasiatnya) dan Abu Bakr tidak diizinkan menghadirinya.

            Sebagai hujah Fatimah (‘a.s) terhadap hadith yang dikemukakan itu, beliau menanyakan: Adakah engkau (Abu Bakr) dengan sengaja meninggalkan kitab Allah dan mengenepikannya sedangkan Allah telah berfirman:

“Dan Sulayman telah mewarisi Dawud.”[85]

Begitu juga doa Zakariyya:

“Dan sesungguhnya aku khuatir terhadap mawaliku sepeninggalanku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul, maka anugerahilah aku dari sisi Engkau seorang putera, yang akan mewarisiku dan mewarisi sebahagian keluarga Ya‘qub dan jadikanlah dia, ya Tuhanku, seorang yang diredhai.”[86]

            Allah menjelaskan:

“Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anakmu, iaitu bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan….”[87] serta

“diwajibkan ke atasmu, apabila seorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika dia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabatnya secara  ma‘ruf, (ini adalah) kewajipan atas orang-orang  yang bertaqwa.”[88]

            Hujah-hujah Fatimah (‘a.s) jelas membuktikan bahawa hadith tersebut bercanggah dengan al-Qur’an. Kesedihannya terhadap tindakan Abu Bakr, keengganannya berbicara dengannya, penolakannya untuk membenarkan Abu Bakr menghadiri pemaqaman jenazahnya membuktikan tentangannya terhadap kebenaran hadith itu.

            Seterusnya, menurut catatan al-Bukhari[89] dikatakan bahawa semasa zaman Khalifah ‘Umar, ‘Ali (‘a.s) dan ‘Abdullah ibn al-‘Abbas telah mengemukakan perkara itu bersama-samanya sementara ‘Uthman, ‘Abd al-Rahman, Zubayr dan Sa‘d pula mengakuinya dan dia (‘Umar) mengatakan kepadanya: Adakah kamu tahu bahawa Nabi (s.‘a.w) pernah bersabda: Kami para nabi tidak diwarisi, apa yang kami tinggalkan adalah berupa sadaqah.” Mereka tidak dapat berbuat apa-apa sebaliknya hanya mengakuinya kerana dalam keadaan-keadaan ini, mereka tidak mempunyai pilihan lain berasaskan penghormatan mereka kepada kedua-dua orang khalifah tersebut.

            Pada zaman itu, Abu Hurairah ialah seorang tokoh yang tidak langsung dikenali dan tidak ada seorang pun memberikan perhatian terhadapnya berbanding terhadap para sahabat lain yang mempunyai keutamaan dan kebaktian yang jauh lebih banyak.

            Bagaimanapun, keadaan dan masa telah berubah kerana kebanyakan sahabat besar keluar menyertai ekspedisi-ekspedisi ketenteraan yang menyebabkan berlakunya penaklukan negara-negara seperti Syria, Mesir, Afrika, ‘Iraq, Iran, India dan sebagainya. Penduduk negara-negara itu telah menganuti Islam secara beramai-ramai yang kerananya, kebanyakan orang Islam mulai memasuki era baru.

            Pada masa itu, Bani Umaiyyah yang kini menguasai pemerintahan tertinggi ke atas seluruh negara umat Islam dengan sengaja melaung-laungkan dan menjulang tinggi nama Abu Hurairah untuk mencapai matlamat politik mereka telah merangsangkannya menghasilkan sebarang bentuk hadith yang menyebelahi atau menyokong ketiga-tiga orang khalifah.

            Dengan cara ini, Abu Hurairah keluar daripada kegelapan yang sebelum itu menenggelamkannya dan dia mulai menyampaikan hadith-hadith yang disukai para pemerintah dan sekutu-sekutu mereka yang suka mengampu. Oleh itu, dia menceritakan hadith yang dibahaskan di sini dengan cara yang digemari orang ramai dan disokong pula oleh para khalifah yang mereka sukai.

35. Abu Talib didakwa enggan mengucapkan dua kalimah syahadat (syahadatain)

            Muslim[90] menyampaikan sebuah cerita daripada Abu Hurairah yang mengatakan bahawa Nabi (s.‘a.w) bersabda kepada bapa saudaranya, Abu Talib:

“Ucapkanlah kalimah la ilaha illa Llah, aku akan menjadi saksimu pada hari Qiyamah. Abu Talib berkata: Sekiranya aku tidak bimbang akan kaum Quraisy yang mengatakan aku melakukannya dalam keadaan terdesak, tentulah aku menyebutkannya di hadapanmu.” Justeru kerana itulah, Allah mewahyukan ayat al-Qur’an:

“Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberikan petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberikan petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk.”[91]

            Di tempat yang lain dalam Sahih Muslim, disebutkan daripada Abu Hurairah bahawa Nabi (s.‘a.w) bersabda kepada bapa saudaranya, Abu Talib:

“Sebutkanlah kalimah La ilaha illa Llah, tetapi dia enggan. Justeru itu, Allah mewahyukan ayat (al-Qur’an) yang disebutkan tadi.”

Kritikan

            Berhubung dengan kesahihan hadith ini, patut diperhatikan bahawa Abu Talib wafat pada tahun ke-10 (bi‘thah) kenabian Muhammad (s.‘a.w), 3 tahun sebelum Hijrah, ataupun menurut riwayat lain dikatakan pada tahun ke-9 dan riwayat berikutnya pula mengatakan pada tahun ke-7. Oleh yang demikian, ia berlaku setidak-tidaknya 10 tahun sebelum Abu Hurairah datang ke Hijaz.

            Bagaimana mungkin Abu Hurairah menceritakannya daripada Nabi (s.‘a.w) tentang perihal bapa saudara Nabi (s.‘a.w) dan menyebutkan percakapan kedua-duanya seolah-olah dia melihat mereka berdua dengan matanya sendiri, dan mendengar mereka bercakap dengan telinganya sendiri?

            Terbukti hadith ini telah dipalsukan oleh musuh-musuh kepada keturunan Abu Talib dengan tujuan untuk menghina dan merendah-rendahkan kepentingannya dengan membuat dakwaan terhadapnya bahawa beliau tidak pernah menerima Islam dan mati pula sebagai seorang kafir.

            Para ulama dan sarjana di sepanjang zaman telah membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa Abu Talib merupakan seorang Islam yang sebenar-benarnya seperti yang diterangkan berdasarkan keterangan, kata-kata, syair dan perlakuannya yang tidaklah perlu dikemukakan di sini, kerana topik perbahasan di sini adalah mengenai Abu Hurairah dan bukannya Abu Talib. Sudah terbukti bahawa Abu Hurairah tidak meriwayatkan hadith yang sedang dibahaskan di sini kecuali dengan cara memalsukannya. 

36. Peringatan pertama pada Hari al-Dar (Yaum al-Dar)

            Al-Bukhari[92] dan Muslim menceritakan daripada Abu Hurairah yang mengatakan:

“Ketika ayat: “dan berikanlah peringatan kepada kaum kerabatmu yang terdekat…” diwahyukan, Nabi (s.‘a.w) bangkit dan bersabda: Wahai kaum Quraisy, aku tidak boleh  menyelamatkanmu daripada Allah, wahai anak-anak ‘Abd al-Manaf aku tidak dapat menyelamatkanmu daripada Allah, wahai Safiyah, aku tidak dapat menyelamatkanmu daripada Allah, wahai Fatimah (‘a.s), ambillah apa sahaja daripadaku yang kamu sukai, aku tidak dapat menyelamatkanmu daripada Allah.”

Kritikan

            Ayat ini diwahyukan pada peringkat awal kenabian Muhammad (s.‘a.w) sebelum dakwah secara terbuka di kota Makkah pada ketika Abu Hurairah masih lagi berada di Yaman kerana dia hanya datang ke kota Hijaz dan menganuti Islam selepas 20 tahun ia diwahyukan.

            Tidak timbul persoalan Abu Hurairah menceritakan sesuatu tentang ayat ini ataupun tentang cara diwahyukannya. Abu Hurairah telah merosakkan hadith ini dan mengubah-ubahkan penyusunannya. Hadith ini adalah salah sebuah hadith yang diakui sahih tetapi riwayatnya menyebutkan bahawa pada hari wahyu tersebut diturunkan, Nabi (s.‘a.w) mengumpulkan kaum kerabat baginda (s.‘a.w) yang terdekat termasuklah bapa saudaranya, Abu Talib, Hamzah, ‘Abbas dan juga Abu Lahab yang dilaknat.

Nabi (s.‘a.w) menyeru semuanya kepada jalan Allah dan di antara lain, baginda berkata: Dengan sebab itu, kini siapakah di antara kalian yang bersedia memikul tanggungjawab dalam urusanku dan menjadi saudara, wasi, wali dan pengganti serta khalifahku (selepasku)?

Justeru itu, ‘Ali (‘a.s) yang paling muda di antara mereka mengatakan: Aku, wahai Rasulullah (s.‘a.w), aku sanggup memikul tanggungjawabmu. Lalu Nabi (s.‘a.w) memegang dan mengangkat tangan ‘Ali (‘a.s) sambil mengumumkan: Sesungguhnya inilah saudara, wasi, wali, imam dan khalifah (selepasku) di kalanganmu, maka hendaklah kamu mendengar dan mentaatinya.

37. Orang berkulit hitam (Habsyi) bermain-main dalam masjid berdekatan Nabi (s.‘a.w)

            Al-Bukhari mengambil riwayat daripada Abu Hurairah yang berkata:

“Di kalangan kami terdapat orang Habsyi (mereka) bermain-main di dalam masjid berdekatan Nabi (s.‘a.w) lalu datang ‘Umar dengan mengambil batu dan melontarkannya kepada mereka. Nabi lalu menegahkan sambil berkata wahai ‘Umar.”

            Menurut pendapatku, sesungguhnya Rasulullah sangat menjauhi permainan dan terlepas daripada perbuatan sia-sia (al-‘abath). Baginda sangat mengetahui perkara-perkara yang dilarang Allah dan Rasul-Nya daripada menyediakan ruang untuk orang-orang yang jahil bersuka ria (al-lahw) dalam masjid di hadapannya sendiri. Masanya dipenuhi perkara-perkara ukhrawiyah dan duniawi yang lebih berharga, dan tidak ada ruang untuk berseronok.

            Allah memelihara baginda daripada perbuatan menyibukkan masjid yang mulia dengan perkara-perkara yang sia-sia, keseronokan atau perbuatan yang melalaikan (lagha).[93]

38. Pembatalan sebelum tiba masa mengamalkannya

            Al-Bukhari meriwayatkan daripada Abu Hurairah yang berkata:

“Rasulullah mengutuskan kami dalam suatu perutusan. Baginda berkata: Sekiranya kamu menemui si fulan dan si fulan hendaklah kamu membakar kedua-duanya. (Katanya) Kemudian Rasulullah berkata kepada kami ketika kami hendak keluar: Sesungguhnya aku memerintahkan kamu semua supaya membakar si fulan dan si fulan. Sesungguhnya api tidak dapat menimpakan azab melainkan Allah ta‘ala, lalu sekiranya kamu berjumpa dengan mereka berdua, (kamu) bunuhlah mereka.”
Kritikan

            Ini adalah hadith palsu kerana ia mengandungi pembatalan sebelum tiba waktu melakukannya. Ia sama sekali mustahil berlaku kepada Allah ta‘ala dan kepada Rasul-Nya (s.‘a.w) sebagaimana diakui dalam hal ini, bahawa Rasulullah berkata: Bakarlah fulan dan fulan. Dia berkata demikian daripada Allah yang menyatakan: “tidaklah sesuatu yang diucapkannya itu melainkan ia wahyu yang diwahyukan.”

            Bagaimana mungkin terbatal kata-kata tersebut sebelum tiba masa untuk mengamalkannya. Bukankah pembatalan dan peristiwa itu sendiri memberikan implikasi kejahilan? Allah Yang Maha Agung terlepas daripada kata-kata manusia yang zalim.

39. Melakukan perbuatan dalam jangka masa yang tidak memadai.

            Al-Bukhari mengambil riwayat daripada Abu Hurairah secara marfu‘ yang mengatakan:

“Dipermudahkan al-Qur’an kepada Dawud ketika dia meminta pelana diletakkan di atas kudanya sedangkan dia sempat membaca al-Qur’an sebelum pelana itu sempat diletakkan.”

Kritikan

            Pada pendapatku: Kenyataan ini mustahil berlaku dilihat dari dua sudut:

Pertama: Al-Qur’an diwahyukan kepada Khatam al-Nabiyyin wa al-Mursalin Muhammad (s.‘a.w) dan tidak mungkin sebelumnya. Bagaimanakah Nabi Dawud (‘a.s) boleh membacanya.
            Mereka berpendapat bahawa maksud al-Qur’an di sini merujuk kepada kitab al-Zabur dan al-Tawrat. Ia dinamakan al-Qur’an kerana berlakunya mu‘jizat dengan kedua-duanya seperti berlaku hal yang sama kepada al-Qur’an yang diturunkan kepada Muhammad (s.‘a.w).
           
            Pada pendapatku: Dalam jawapan itu ada pandangan lain kerana mereka membawa kata-kata Abu Hurairah dalam hal ini bukannya seperti yang dikehendaki. Wa Allahu a‘lam.

            Kedua: Masa meletakkan pelana di atas belakang binatang itu tidak memungkinkan  berkesempatan membaca al-Qur’an, sama ada yang dimaksudkan itu diturunkan kepada Rasulullah (s.‘a.w) ataupun yang dimaksudkan itu al-Zabur atau al-Tawrat. Apa yang pasti dari segi logik akal adalah bahawa perbuatan itu tidak dapat diterima berlaku pada waktu yang terlalu singkat. Inilah kesalahan yang tidak dapat diragukan sama sekali.

            Justeru, tidak seperti penjelasan al-‘Allamah al-Qastalani dalam perkara ini dalam kitabnya, Irsyad al-Sari katanya: Hadith ini membuktikan bahawa Allah memendekkan masa kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dari kalangan hamba-Nya seperti mana ia menggulung tempat bagi mereka (katanya).

            Al-Nawawi berkata sebahagian mereka membaca empat (4) khatamat pada sebelah malam dan 4 khatamat pada sebelah siang. Kamu dapat melihat Abu al-Tahir di Quds al-Syarif pada tahun 867. Aku mendengar daripadanya kerana ketika itu dia membaca kedua-duanya lebih daripada 10 khatamat bahkan Syaikh al-Islam al-Burhan bin Abi Syarif berkata kepadaku: Dia membaca 15 khatamat siang dan malam (katanya): Inilah persoalan yang tidak ada ruang untuk mengetahuinya kecuali dengan anugerah Allah dan lafaz tersebut berakhir.

40. Manusia bertukar bentuk menjadi tikus

            Al-Bukhari[94] dan Muslim[95] telah mengambil riwayat daripada Abu Hurairah yang mengatakan:

“Sekumpulan manusia tertentu dari kalangan Bani Israil didapati hilang dan tidak diketahui apa yang mereka telah lakukan. Aku tidak melihat mereka kecuali beberapa ekor tikus. Sekiranya susu unta diletakkan di hadapan mereka, mereka tidak akan meminumnya, tetapi sekiranya susu kambing ditempatkan di hadapan mereka, mereka akan meminumnya.”

Kritikan

Ini contoh kebodohan yang paling jelas yang sudah sewajarnya dibuang jauh-jauh daripada Islam secepat dan sebanyak mungkin. Tidaklah perlu dipertikaikan lagi bahawa mempercayai peristiwa itu bertentangan sama sekali dengan akal dan ternyata ia memperbodoh-bodohkan umat Islam.

41. Apabila sesebuah hadith ditolak di hadapannya, dia mengatakan bahawa dia mendengarnya daripada Fadl bin ‘Abbas, bukannya daripada Nabi (s.‘a.w)

            Muslim[96] telah mengambil riwayat menerusi ‘Abd al-Malik bin Abu Bakr bin ‘Abd al-Rahman bahawa Abu Bakr menceritakan: Aku terdengar Abu Hurairah menceritakan bahawa sesiapa yang berada dalam keadaan berhadath besar (seperti junub) tidak harus berpuasa. Aku menyampaikannya kepada ‘Abd al-Rahman bin Hars. Dia tidak bersetuju dan tidak dapat menerimanya lalu ‘Abd al-Rahman dan aku bersama-sama menemui ‘A’isyah dan Umm Salamah. ‘Abd al-Rahman menanyakan perkara itu kepada kedua-duanya, lalu mereka mengatakan bahawa ketika Rasulullah (s.‘a.w) berada dalam keadaan berhadath besar (seperti junub) menjelang subuh, disebabkan perkara lain daripada tidur, biasanya baginda berpuasa. Kemudian, kami menemui Marwan yang merupakan gabenor Mu‘awiyah di Madinah.

            ‘Abd al-Rahman menyebutkan perkara itu kepadanya. Marwan berkata: Kenapa kamu tidak pergi kepada Abu Hurairah dan merujuk kepadanya tentang apa yang diceritakan. Llau kami pun pergi berjumpa Abu Hurairah. ‘Abd al-Rahman menceritakan perkara itu kepadanya lalu dia berkata:  Adakah kedua-dua wanita itu memberitahumu seperti itu. Katanya: Ya. Abu Hurairah  berkata: Mereka lebih mengetahui. Kemudian Abu Hurairah berdalih dengan mengatakan riwayat itu diambilnya daripada Fadl bin ‘Abbas yang mengatakan: Aku mendengarnya daripada Fadl bin ‘Abbas  dan bukannya daripada Rasulullah (s.‘a.w).

            Sudah diketahui umum bahawa Fadl bin ‘Abbas wafat semasa  zaman pemerintahan Abu Bakr sedangkan perkara ini berkaitan dengan zaman Mu‘awiyah. Bagaimana mungkin Abu Hurairah boleh mengatakan: “ Aku dengarinya daripada Fadl bin ‘Abbas dan bukannya daripada Nabi?” Sekiranya Fadl bin ‘Abbas masih hidup, tentulah Abu Hurairah tidak dapat mengaitkan perkara itu dengannya sama sekali.

            Wajar ditambah di sini bahawa Nabi (s.‘a.w) terlalu mulia, agung dan sempurna berbanding dengan tuduhan dan tohmahan yang dilempari orang ramai terhadapnya. Mustahil Nabi (s.‘a.w) berada dalam keadaan berhadath besar (seperti junub) menjelang subuh, khususnya semasa hari-hari berpuasa, apatah lagi berjanabah  waktu malam tidak berlaku kepada Nabi kerana itu adalah perbuatan syaitan yang tidak mampu menghasut manusia-manusia suci tersebut.

42. Dua buah hadith bercanggah antara satu sama lain

            Al-Bukhari[97] mengambil riwayat daripada Abu Hurairah bahawa Nabi (s.‘a.w) bersabda:

“Tidak ada permusuhan, tidak ada penyakit berjangkit, tidak ada …” Seorang Arab berkata: Ya Rasululah (s.‘a.w), apa pula sekiranya seekor unta di padang pasir apabila seekor unta yang berpenyakit bercampur dengannya dan menjadikannya berpenyakit. Rasulullah (s.‘a.w) mengatakan: Siapakah yang memulakan penyakit itu?”

            Sebaik sahaja selesai (hadith ini) dan tanpa sebarang campurtangan, al-Bukhari menyampaikan cerita daripada Abu Salma bahawa dia mendengar Abu Hurairah berkata selepas meriwayatkan cerita itu bahawa Nabi (s.‘a.w) bersabda: Orang sakit tidak harus bertemu dengan orang yang sihat.” Mendengarkan perkara itu, Abu Salma berkata: Wahai Abu Hurairah, bukankah kamu yang menceritakan bahawa tiada penyakit yang berjangkit (merebakkan penyakit daripada sesuatu kepada yang lain). Abu Hurairah menarik balik riwayat terdahulu dan tidak dapat berkata selanjutnya.

43. Dua orang bayi yang baru lahir bercakap tentang perkara yang tidak diketahui

Al-Bukhari[98] dan Muslim[99] telah menceritakan daripada Abu Hurairah tentang sebuah hadith yang diriwayatkannya:

“Di kalangan Bani Isra’il, ada seorang bernama Juraih. Suatu ketika dia sedang bersalat ketika ibunya datang dan memanggilnya. Dia berkata: Patutkah aku menyahutinya atau meneruskan salatku? Ibunya kemudian berkata: Ya Tuhan, jangan biarkan dia mati sehinggalah dia melihat wajah perempuan pelacur.” Pada masa itu, Juraih berada di rumah ibadatnya. Seorang wanita menyerahkan dirinya kepadanya tetapi dia tidak memberikan perhatian kepadanya, lalu wanita itu pergi kepada seorang pengembala  dan tidur dengannya. Kemudian wanita itu melahirkan seorang anak dan menyatakan bahawa anak itu adalah anak Juraih. Orang ramai datang kepadanya dan meruntuhkan rumah ibadatnya sambil memalukan dan mencelanya. Justeru, dia lalu mengambil wudu’ dan bersalat, lalu anak itu datang kepadanya. Dia bertanyakannya: Wahai anak, siapakah ayahmu? Anak itu menjawab: Seorang pengembala. Kemudian orang ramai berkata: Marilah kita bina rumah ibadat untuknya daripada emas. Dia berkata: Jangan, tetapi memadailah dengan Lumpur.”

            Abu Hurairah meneruskan lagi: Ada seorang wanita yang menyusukan anaknya yang berasal dari kalangan Bani Isra’il. Kebetulan lalu seorang lelaki berdekatan dengannya sambil menunggang dan mempunyai salib. Wanita itu berkata:  Ya Tuhan, jadikanlah anakku sepertinya. Anak tersebut lalu meninggalkan tetek ibunya dan pergi kepada penunggang itu dan berkata: Ya Tuhanku, janganlah jadikan aku sepertinya. Lalu dia kembali menyusu dengan ibunya.

            Abu Hurairah berkata seolah-olah dia sendiri melihat Nabi (s.‘a.w) menghisap jarinya lalu menyambung kembali: Kemudian ibu anak itu melintasi para hamba pembantu sambil berkata: Ya Tuhanku, jangan jadikan anakku seperti ini. Anak itu melepaskan tetek ibunya dan berkata: Kenapa demikian? Dia membalas: Penunggang itu salah seorang penzalim, sementara orang ramai menyalahkan hamba pembantu itu yang dikatakan terlibat mencuti dan berzina tetapi sebenar tidak.

Kritikan

            Juraih atau dua orang anak itu bukanlah terdiri daripada nabi. Lantaran itu, sesuatu kejadian luarbiasa tidak boleh berlaku kepada mereka kerana kejadian luarbiasa (mu‘jizat) yang menyalahi kebiasaan hanya boleh berlaku sebagai bukti atau tanda-tanda kenabian. Sementara itu, percakapan dua orang anak tentang perkara yang tidak diketahui itu adalah menyalahi kebiasaan seperti yang disebutkan al-Qur’an:

            “ Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah), (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”[100]





           
44. Abu Hurairah ditugaskan menguruskan zakat atau fitrah sebagai amanah sementara syaitan datang mencurinya selama 3 malam

            Al-Bukhari[101] menerusi para perawi berakhir dengan Abu Hurairah bahawa dia berkata:

“Nabi (s.‘a.w) menyerahkan amanah kepadaku zakat bulan Ramadan. Seseorang telah datang dan mengambil barang makanan. Aku dapat menangkapnya dan berkata: Demi Allah, aku akan membawamu kepada Nabi (s.‘a.w).” Dia berkata: Aku seorang yang memerlukannya dan oleh kerana aku mempunyai tanggungan, keperluanku semakin bertambah.” Lalu, aku melepaskannya pergi. Pagi esoknya, Nabi (s.‘a.w) menanyakanku: Abu Hurairah, apakah yang engkau lakukan terhadap orang yang ditangkap semalam? Aku berkata: Wahai Nabi (s.‘a.w), dia merayu kerana keperluan yang mendesak, dan kerana mempunyai tanggungan, lalu aku kasihan kepadanya dan membiarkannya pergi.” Nabi (s.‘a.w) berkata: Dia berdusta kepadamu, dan dia pasti datang lagi.” Justeru aku memberikan perhatian kepadanya. Dia datang dan mulai mengambil barang makanan. Aku menangkapnya dan berkata: Demi Allah, aku pasti akan membawamu kepada Nabi (s.‘a.w).” Katanya: Aku amat memerlukannya dan kerana aku mempunyai tanggungan, keperluanku amat mendesak. Lalu aku melepaskannya pergi. Keesokan paginya, Nabi (s.‘a.w) bertanya kepadaku: Wahai Abu Hurairah, apakah lelaki yang engkau tangkap semalam lakukan? Aku menjawab: Wahai Nabi (s.‘a.w), dia mengeluh kerana keperluannya dan kerana mempunyai tanggungan, lalu aku kasihan kepadanya dan membiarkannya pergi. Nabi (s.‘a.w) berkata: Dia berbohong kepadamu dan dia pasti akan datang kembali. Lalu aku memperhatikannya, pada kali ketiga. Dia datang dan mengambil barangan makanan. Aku menangkapnya dan berkata: Aku pasti akan membawamu kepada Nabi (s.‘a.w). Dia mengadu: Engkau biarkanlah aku. Aku akan ajarkanmu apa yang Allah mungkin berikan kebaikan kepadamu. Apabila kamu hendak tidur, kamu hendaklah membaca ayat Kursi. Selama mana kamu berada di katil, Allah akan melindungimu dan syaitan tidak akan mendekatimu sehingga pagi menjelang. Dengan itu, aku melepaskannya pergi. Apabila hari mulai pagi, Nabi (s.‘a.w) berkata kepadaku: Apakah tawananmu semalam lakukan? Aku pun menceritakan semua cerita itu kepadanya. Kemudian baginda berkata: Mahukah kamu tahu siapakah yang bercakap denganmu selama 3 malam itu? Aku berkata: Tidak. Nabi (s.‘a.w) berkata: Ia adalah syaitan.”

Kritikan

Ini adalah hadith palsu yang tiada seorang pun akan memberikan perhatian kepadanya kecuali orang-orang yang bodoh. Di sini Abu Hurairah telah mereka cerita yang melibatkan pembohongan terhadap Nabi (s.‘a.w) kerana dengan menunjukkan kasihan belas terhadap pencuri itu, Abu Hurairah telah menerima kata-katanya dan sebaliknya menunjukkan sikap tidak mempercayai Nabi (s.‘a.w)  yang telah memperingkatkannya sebanyak 3 kali bahawa orang itu adalah pendusta.

Kedua: cerita itu benar-benar menunjukkan bahawa Abu Hurairah telah bersumpah dengan nama Allah bahawa dia pasti akan membawa pencuri itu ke hadapan Nabi (s.‘a.w) tetapi dia tidak memenuhi janjinya, sebaliknya mengingkarinya bukan sekali malahan tiga kali. Adakah Abu Hurairah menganggap mengingkari janji itu dibenarkan?

            Terdapat kelemahan ketiga dalam periwayatan ini. Abu Hurairah telah diberikan amanah untuk menjaga zakat Ramadan, bukannya dengan membenarkan ia dicuri. Bagaimana pula dia membiarkan pencuri itu mengambilnya? Sudah pasti, seseorang yang diserahkan amanah untuk menjaga harta itu tidak mempunyai hak untuk membenarkan sesiapa sahaja mengambilnya, bukan sekali malahan dua dan tiga kali.

            Kita hanya mampu berserah kepada Allah daripada mempercayai cerita rekaan ini.

45. Penerimaan Islam oleh Ibu Abu Hurairah dengan doa Nabi (s.‘a.w) dan juga doa Nabi (s.‘a.w) agar kedua-duanya dicintai orang-orang mu’min dan orang-orang mu’min pula dicintai kedua-duanya

            Muslim[102] telah menyampaikan cerita menerusi sumbernya yang diakui berakhir dengan Abu Hurairah bahawa dia menceritakan:

“Aku biasanya mendakwah ibuku kepada Islam pada ketika dia masih seorang kafir. Pada suatu hari ketika aku mengajaknya kepadanya (Islam), dia menyebutkan kejahatan dan keburukan Nabi (s.‘a.w)  kepadaku. Lalu aku datang kepada Nabi (s.‘a.w) sambil menangis dan mengatakan kepadanya: Wahai Rasulullah (s.‘a.w), ibuku telah menyebutkan keburukanmu. Tolonglah doakan kepada Allah agar memberikannya petunjuk.” Nabi (s.‘a.w) lalu berdoa: Ya Allah! Berikanlah petunjuk kepada ibu Abu Hurairah. Justeru, aku merasa sangat gembira. Ketika aku sampai ke muka pintu aku dapatinya terbuka. Apabila ibuku mendengar bunyi langkahku dia menjemputku masuk ke rumah sementara itu, aku terdengar bunyi titisan air. Dia sedang mandi, dan memakai pakaiannya dan dengan segera memakai hijabnya. Lalu dia membuka pintu dan berkata kepadaku: Wahai Abu Hurairah, aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan juga aku bersaksi bahawa Muhammad (s.‘a.w)  ialah Rasulullah dan Nabi-Nya. Aku pun kembali  kepada Rasulullah (s.‘a.w), sambil menangis kesukaan lalu berkata kepadanya: Wahai Rasulullah (s.‘a.w)! Inilah berita yang menggembirakan. Allah telah memperkenankan doamu dan telah memberikan petunjuk kepada ibuku.” Justeru itu, Nabi (s. ‘a.w) memuji-muji Allah dan mengatakan: Ini berita baik. Aku kemudian berkata kepadanya: Wahai Nabi (s.‘a.w), tolonglah mohon doa kepada Allah agar Dia menjadikanku dan ibuku dikasihi orang-orang mu’min dan menjadikan mereka dicintai oleh kami.” Nabi (s.‘a.w) kemudian berdoa: Ya Allah, jadikanlah hamba-Mu ini dan ibunya dikasihi hamba-hamba-Mu yang beriman dan jadikanlah orang-orang mu’min dikasihi oelh mereka.” Dengan demikian, tiada orang mu’min yang mendengar dan melihatku, tidak mencintaiku.

Kritikan

Hadith ini terdedah kepada beberapa tentangan:

Pertama: Hadith ini tidak diriwayatkan terus daripada Nabi  (s.‘a.w) menerusi mana-mana perawi lain kecuali Abu Hurairah, yang menjadi satu-satunya perawi hadith ini. Ini menjadi tanda kelemahannya.

Kedua: Dikatakan bahawa ibu Abu Hurairah masih kafir dan enggan menerima Islam. Dia cenderung kepada Islam hanya apabila Nabi (s.‘a.w) berdoa untuknya. Persoalan yang timbul adalah apakah motif atau tujuannya berhijrah dari Yaman yang merupakan tempat lahir dan kesukaannya  ke kota Madinah yang menjadi pusat Islam, kediaman Nabi (s.‘a.w) dan tempat yang menjadi pusat sokongannya. Bukankah dia dan tidak ragu-ragu lagi dia masih berada di Yaman berterusan menyembah berhala bersama-sama dengan orang lain di tempat itu umumnya? Apakah jawapan kepada persoalan ini dapat dikemukakan oleh para peminat Abu Hurairah berikan? Pastinya tidak ada, kerana mereka tidak dapat menafikan fakta-fakta sejarah.

Lebih-lebih lagi, tiada dalam mana-mana kitab sejarah hadith menyebutkan ibu Abu Hurairah kecuali sekali ketika Khalifah ‘Umar, melucutkan jawatan Abu Hurairah dari Bahrain, telah berkata kepadanya: “ Ibumu Umaimah tidak memberikanmu sebarang kerja kecuali memberi makan kaldai.” Rujukan dalam bentuk tunggal menyebutkan namanya sekali sahaja dan tidak ada lagi yang lain.

Ketiga: Diketahui umum bahawa Abu Hurairah merupakan salah seorang ahli Suffah yang papa kedana mencari sisa-sisa makanan di jalanan untuk menyelamatkan nyawanya. Dia sendiri menceritakan bahawa dia biasanya berada di ruang antara mimbar Nabi (s.‘a.w) dan kediaman ‘A’isyah. Orang ramai melintasinya sambil meletakkan kaki mereka ke atasnya dengan menganggapkannya orang gila. Ia sebenarnya bukanlah kerana gila tetapi kerana kelaparan yang menyebabkannya demikian. Abu Hurairah tetap berada di Suffah – suatu tempat di masjid Nabi (s.‘a.w) di Madinah. Bagaimana mungkin dia memiliki sebuah rumah miliknya sendiri di Madinah seperti yang disebutkan dalam hadith ini?

Keempat: Sekiranya semua yang Abu Hurairah ceritakan dalam hadith ini benar, ia boleh dianggap suatu tanda kenabian dan lambang Islam bahawa Allah dengan segera memperkenankan doa Nabi-Nya (s.‘a.w) dengan menyiapkan petunjuk kepada ibu Abu Hurairah sedangkan wanita ini yang masih berada dalam keadaan kufur dan sesat berubah kepada mu’minah yang beriman, bertaqwa dan lengkap dipenuhi peranan dan ajaran syariah Islam. Diketahui umum juga bahawa para sahabat sama ada banyak atau sedikit telah meriwayatkan semua tanda besar dan lambing-lambang Islam dan kenabian. Apakah pula yang dapat menghalang mereka daripada menceritakan peristiwa ini, sekiranya ia benar. Hakikatnya bagaimanapun menunjukkan tiada seorang pun menceritakannya melainkan Abu Hurairah seperti seolah-olah tiada seorang pun pernah mendengar atau melihat ibunya kecuali dirinya.

Kelima: Sekiranya kenyataan Abu Hurairah benar bahawa Allah menjadikannya dan ibunya dicintai semua orang mu’min dan menjadikan orang-orang mu’min dicintai mereka berdua, lalu mengapakah ahli kaum kerabat Nabi (s.‘a.w) iaitu Ahl al-Baitnya yang merupakan ketua sekalian mu’min dan 12 orang Imam suci dari kalangan mereka memandang rendah kedudukannya, menolak hadith-hadith yang disampaikan olehnya dan tidak memberikan perhatian atau penekanan langsung dengan dia sendiri adalah sebuah parti, sehinggakan Amir al-Mu’minin ‘Ali (‘a.s) berkata:

“Sesungguhnya orang yang mengadakan pendustaan paling banyak  (atau katanya manusia yang paling banyak berbohong) terhadap Rasulullah (s.‘a.w) ialah Abu Hurairah al-Dusi.”  
           
            Selanjutnya, sekiranya Abu Hurairah dicintai orang-orang mu’min dan dia mencintai orang-orang mu’min, kenapa Khalifah ‘Umar memanggilnya pada ketika melucutkannya dari Bahrain: Wahai musuh Allah dan musuh al-Qur’an, kamu telah menyalahgunakan harta Allah..” Bagaimana musuh Allah dan musuh al-Qur’an menjadi orang yang dikasihi atau pencinta semua orang mu’min, dan semasa zaman Nabi (s.‘a.w). ‘Umar telah memukulnya di bahagian dadanya dan dia jatuh tidak sedarkan diri, manakala selepas Nabi (s.‘a.w), dia memukulnya dengan tali sebat sehingga berdarah di  bahagian belakang badannya dan mengambil balik 1000 dirham yang telah disalahgunakan daripada harta umat Islam (iaitu harta awam) dan menyimpannya kembali dalam perbendaharaan. Kemudian, kali ketiga dia memukulnya dengan berkata: Wahai Abu Hurairah, kamu telah menghubungkan terlalu banyak hadith kepada Nabi (s.‘a.w) dan aku akan memerangimu kerana kamu berdusta terhadap Rasulullah (s.‘a.w).” Pernah pada satu masa, dia berkata kepadanya: Lebih baik kamu tinggalkan menceritakan hadith-hadith atau jika tidak, aku akan membuangmu ke bumi Dus (ard Dus) atau ke tanah monyet (bi-ard al-qirdah).[103]

            Terdapat pertelingkahan yang hampir sama antaranya dengan yang lain seperti ‘Abdullah bin al-‘Abbas, ‘A’isyah dan seumpamanya yang tidak selaras dengan konsepsi cinta antaranya dengan yang lain.

            Memang, sepanjang beberapa tahun yang akhir cinta wujud di antaranya dengan ahli-ahli keluarga ‘Amru bin al-‘As, keluarga Abu Mu‘it dan keluarga Abu Sufyan. Mereka tertarik untuk menyayanginya kerana hadith-hadithnya yang banyak menyokong kekuasaan palsu mereka manakala dia pula tertarik menyayangi mereka kerana keistimewaan yang mereka  tunjukkan kepadanya di mana mereka mengeluarkannya daripada keadaan tidak dikenali  kepada kedudukan yang masyhur dan terkenal. Contohnya, Marwan bin Hakam menjadikannya sebagai timbalannya di Madinah ketika dia tiada di sana. Seterusnya,  Marwan inilah yang mengahwinkan Abu Hurairah dengan Busra binti Ghazwan. Namun bagi keluarga Abu al-‘As dan Abu Sufyan, Abu Hurairah tidak dapat memberikan perhatian kepadanya. Ketika Abu Hurairah menghidapi penyakit yang membawa maut, Marwan merawatnya dengan penuh penghormatan dan perhatian terhadapnya. Ketika dia cuba untuk mendapatkan maklumat tentang keadaan kesihatannya, dia akan mendoakan penyakitnya pulih. Dia juga mengunjunginya pada hari-hari terakhirnya. Ketika dia meninggalkannya dan berlalu, seorang lelaki mengikutinya  dan memberitahunya bahawa Abu Hurairah telah mati. Ketika jenazahnya diusung, Marwan berada di hadapan yang lain sementara anak-anak ‘Uthman sedang mengusung keranda sehingga mereka sampai ke al-Baqi‘. Di sana al-Walid bin Utbah bin Abi Sufyan memimpin salat jenazah. Kemudian dia mengutuskan berita kematiannya kepada sepupunya, Mu‘awiyah yang mengarahkan agar penggantinya hendaklah dikurniakan 10 000 dirham dan agar mereka dilayani dengan penuh kebaikan.  Contoh-contoh ini menunjukkan perhatian istimewa mereka kepadanya. Adakah mereka semua orang-orang mu’min yang menurut Abu Hurairah, dijadikan untuk mencintainya dan dia pula mencintai mereka? Apalah malangnya!




46. Hamba Abu Hurairah semasa penghijrahannya

            Al-Bukhari[104] telah menyampaikan riwayat menerusi sumber-sumbernya sampai kepada Abu Hurairah bahawa dia menceritakan:

“Apabila aku menuju kepada Nabi (s.‘a.w), aku merasakan dalam perjalanan itu: “Malam yang panjang dan menjemukan, walaupun aku terselamat daripada tempat kekufuran.” Katanya lagi: Semasa dalam perjalanan, seorang hambaku lari.. Kemudian aku sampai kepada Nabi (s.‘a.w) dan memberikan salam kepadanya. Ketika aku bersama-sama baginda, hamba itu muncul. Nabi (s.‘a.w.) berkata kepadaku: Wahai Abu Hurairah, inikah hambamu? Aku berkata: Dia kini bebas demi Allah, lalu aku membebaskannya.

            Sudah pasti Abu Hurairah membingungkan pemahaman orang ramai ketika dia cuba mengatakan bahawa dia dibesarkan sebagai anak yatim, berpindah sebagai seorang peminta sedekah, bekerja dengan lelaki dan wanita tersebut untuk mendapatkan makanan untuk mengalas perutnya, biasa mengendalikan tunggangan mereka ketika mereka menunggang  dan menurunkan mereka ketika mereka hendak turun, dan kemudian pada masa yang sama dia mendakwa memiliki hamba yang dibebaskannya atas nama Allah. Kelihatan kedudukannya adalah bahawa dia menceritakan  hadith ini sepanjang hari-hari terakhir dalam hidupnya ketika dia memperolehi layanan istimewa Marwan dan keluarga Abu Sufyan, hingga menyebabkannya terlupa keadaannya sendiri semasa hari-hari perpindahannya atau sebelum ataupun selepas itu ketika dia tidak mempunyai apa-apa, memberikan khidmat kepada orang ramai untuk mengisi perutnya dan bukan pula seorang yang dikenali ramai.

47. Cerita dongeng bermatlamat untuk memperlihatkan kebaikan bersaqadah

            Muslim[105]  telah menyampaikan cerita daripada Abu Hurairah yang meriwayatkan daripada Nabi (s.‘a.w):

“Ada seorang lelaki di sebuah tanah yang tandus. Dia terdengar suara di awan mengatakan: Aku akan menyirami taman si-polan dan si-polan.” Kemudian awan itu berlalu dan menurunkan air ke atas taman itu sementara orang itu berdiri di sana menyirami air dengan penyodoknya. Dia berkata kepadanya: Wahai hamba Allah, siapakah namamu? Dia memberitahu nama si-polan dan si-polan. Ia adalah nama yang sama seperti yang didengarinya dalam awan. Kemudian ditanya: Kenapakah kamu bertanya namaku.” Katanya: “ Ini kerana aku terdengar suatu suara di awan yang menyebutkan pemilik air itu. Aku diberitahu: “ Aku akan mengairi taman si-polan dan si-polan, dengan menyebut namamu. Lalu, apakah yang kamu hendaklah lakukan mengenainya? Jawabnya: Oleh kerana kamu telah memberitahuku semua ini, aku akan perhatikan apa hasilnya dan kemudian mensadaqahkan 1/3 daripadanya.”

Kritikan

            Ini adalah sesuatu kejadian yang mustahil berlaku kerana ia berlawanan dengan tabiat semulajadi, tetapi Abu Hurairah telah mengemukakan khayalannya dengan matlamat untuk menjelaskan kebaikan bersadaqah dan telah mengaitkannya kepada Nabi (s.‘a.w) mengikut kehendaknya tatkala menceritakan cerita-cerita khayalannya. Kita hanya dapat menyebutkan La hawla wa la quwwata illa bi-Llahi’l ‘aliyyi’l-‘azim.    

48. Sebuah lagi cerita khayalan tentang kebaikan memenuhi sumpah

            Al-Bukhari[106] telah menceritakan bahawa Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi (s.‘a.w) bahawa:

“Seorang lelaki daripada Bani Isra’il meminta seorang yang lain daripada Bani Isra’il supaya meminjamkannya 1000 dinar.  Dia memintanya membawakan saksi yang akan mempersaksikannya. Dijawab: Cukuplah Allah menjadi saksi. Kemudian katanya: Dalam hal ini, kamu bawalah seorang penjamin.” Dia berkata: “Cukuplah Allah sebagai penjamin.” Katanya: “Kamu benar,” lalu dia meminjamkannya untuk suatu jangkamasa tertentu. Orang itu menuju ke laut lepas dan menjalankan urusniaganya. Kemudian dia mencari alat pengangkut untuk membawanya sampai kepada orang itu pada masa yang dijanjikan, tetapi dia menjumpai alat pengangkut itu. Lalu dia mengambil kayu panjang dengan membuat suatu lubang di dalamnya, meletakkan 1000 dinar ke dalamnya bersama-sama sekeping nota untuk sahabatnya dan selepas menutupnya, dia membawanya ke laut. Lantas, dia melaungkan: “Ya Allah, pastinya Engkau mengetahui  bahawa aku meminta si-polan dan si-polan meminjamkanku 1000 dinar. Dia memintaku mendapatkan penjamin dan aku berkata: Memadailah Allah sebagai penjamin lalu dia bersetuju. Kemudian dia memintaku mendatangkan saksi dan aku berkata: Memadailah Allah sebagai saksi dan dia juga bersetuju. Kemudian, aku cuba dapatkan alat pembawa untuk mengembalikan wangnya tetapi aku tidak mendapatinya, lalu aku sekarang ini menyerahkannya kepadamu.”  Lantaran itu, dia membuangkannya ke dalam laut sehingga ia tidak lagi kelihatan, dan dia pula kembali. Sekarang, orang yang meminjamkan wang itu kepada lelaki tersebut sedang mencari alat pengangkut yang telah lama hilang. Ketika dia terjumpa alat pengangkut itu, yang mengandungi wangnya, dia membawanya pulang kepada kaum keluarganya, malangnya apabila dia memotongnya dia menjumpai duit dan sekeping nota.   


Kritikan

Suatu yang pasti adalah ia terlalu jauh daripada kebenaran sama sekali untuk dipercayai. Membuang beribu dinar ke laut tidak dapat diterima dalam Islam dan tidak dapat diterima akal, dan tidak juga dapat melepaskan peminjam itu daripada tanggungan untuk membayar balik hutang sekiranya duit tidak sampai kepada pemberi pinjaman. Logik akal menunjukkan ia adalah perbuatan bodoh atau gila dan menganggapkannya tidak patut berlaku sama sekali.  Walaupu sekiranya ia diandaikan insiden itu sebenarnya berlaku di kalangan Bani Isra’il atau sesiapa jua, Nabi (s.‘a.w)  tentulah tidak akan menceritakannya tanpa sebarang peringatan agar tidak melakukan, kerana sekiranya baginda menceritakannya tanpa sebarang peringatan – seperti versi riwayat itu menyatakan – umatnya pasti terperangkap dalam kesalahan, dan perbuatan mengabaikannya bagi Nabi (s.‘a.w) merupakan sesuatu yang tidak mungkin berlaku sama sekali.

            Tambahan pula, Abu Hurairah merekacipta cerita khayalan dengan tujuan supaya memenuhi janji dan mengaitkannya kepada Nabi (s.‘a.w) menjelaskan perihal dirinya sendiri.

49. Dongeng ketiga tentang akibat baik mensyukuri nikmat dan akibat buruk menafikannya

Al-Bukhari[107] menceritakan bahawa Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi (s.‘a.w) bahawa:

“Terdapat tiga (3) orang daripada Bani Israil, seorang penghidap kusta, seorang berkepala botak dan seorang buta, yang Allah bertujuan untuk menguji. Lalu Dia mengutuskan malaikat kepada mereka. Dia datang kepada si penghidap kusta dan berkata: “ Apakah perkara yang paling kamu ingini?” Katanya:  Orang menganggapku kotor. Oleh itu, aku ingin mempunyai warna dan kulit yang cantik. Lalu malaikat menggosoknya dan berlalu pergi. Dia dikurniakan warna dan kulit yang cantik. Kemudian dia berkata: Apakah sesuatu yang amat menghendaki? Jawabnya: “Unta.” Lalu dia memberikannya seekor unta yang jinak, sambil berkata: “Moga Allah merahmatimu dengannya.”

Kemudian dia (malaikat) pergi kepada orang yang berkepala botak dan berkata: “ Apakah yang sangat inginkan? Katanya: “Rambut yang cantik kerana orang ramai memandangku jijik. Dia pun menggosoknya dengan memberikannya rambut yang cantik. Kemudian katanya: Apakah pula sesuatu yang kamu ingin miliki? Katanya: “Seekor lembu.” Lalu dia mengurniakannya seorang lembu yang bunting dan berkata: “Moga Allah memberkatimu dengannya.”

Kemudian dia (malaikat) pergi kepada si buta dan berkata: “Apakah yang kamu sangat inginkan? Dia berkata: “Aku harap Allah mengembalikan penglihatanku.” Lalu dia menyapunya dan Allah mengembalikan penglihatan kepadanya. Kemudian dia berkata: “Apakah sesuatu yang ingin kamu miliki?” Katanya: “Kambing.” Lalu, dia memberikannya seekor kambing yang hampir melahirkan anak. Justeru kedua-dua binatang itu membiak manakala yang ini juga turut demikian. Seorang mempunyai sekawan unta, yang lain pula lembu manakala yang ketiga kambing.

Kemudian malaikat datang kepada si penghidap kusta dalam keadaan asalnya dan berkata kepadanya: Aku seorang yang amat memerlukan sesuatu. Sumber pendapatanku semakin merosot sepanjang perjalananku dan hari ini tiada sesiapa yang dapat aku hampiri kecuali Allah dan kamu. Aku memohon kepadamu atas nama Allah yang menganugerahimu warna kulit yang cantik dan bersih dan unta-unta yang kamu miliki agar dapat membantuku dalam perjalananku. Dia membalas: Ada banyak permintaan. Katanya: Aku kenal kamu. Bukankah kamu seorang penghidap kusta? Orang ramai memandangmu kotor jijik dan mengenepikanmu. Kemudian Allah memberikanmu semua ini. Katanya: Aku warisinya daripada orang tuaku. Katanya: Sekiranya kamu berdusta, Allah akan jadikanmu seperti keadaanmu sebelumnya.”

Kemudian dia mendekati si kepala botak dalam keadaan asalnya dan berkata kepadanya sebagaimana yang dikatakan kepada orang yang pertama dan dia memberikan jawapan yang hampir sama lalu akhirnya dia mengungkapkan kata-kata: Sekiranya kamu berdusta, Allah akan menjadikanmu seperti keadaanmu sebelumnya.”

Lalu dia menghampiri si buta dalam keadaan asalnya dan berkata: Aku seorang peminta sedekah dan musafir. Sumberku sudah semakin merosot sepanjang perjalanan dan tiada orang yang dapat aku dekati kecuali Allah dan kamu. Aku mohon kepadamu dengan nama Allah, yang mengembalikan penglihatanmu, seekor kambing yang dengannya aku dapat akhiri perjalanan ini. Katanya: Aku buta tetapi Allah mengembalikan penglihatanku. Aku tidak punya apa-apa. Dia menjadikanku kaya. Lalu kamu ambillah apa sahaja yang kamu kehendaki. Demi Allah, aku tidak akan menahanmu dengan sesuatu yang aku ambil atas nama Allah. Dia kemudian berkata: Ambillah apa sahaja yang kamu ada, kerana aku datang untuk menguji kamu semua. Allah gembira dengan kamu dan murka dengan kedua-dua sahabatmu.”

Kritikan

Jelaslah ini merupakan cerita khayalan yang direka oleh Abu Hurairah daripada sekian banyak cerita yang pada masa  ini ditulis dan dipopularkan, dan ia bertujuan untuk menggambarkan akibat bersyukur atas kurniaan Allah dan juga akibat mengkufuri nikmat-Nya.

50. Cerita khayalan keempat menunjukkan akibat penganiayaan yang buruk

            Al-Bukhari[108] dan Muslim[109] telah menceritakan bahawa Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi (s.‘a.w) bahawa:
“Seorang wanita terpaksa masuk neraka kerana seekor kucing yang diikatkannya dan tidak diberi makan dan tidak dibenarkan pula makan serangga-serangga di bumi.”

Kritikan

Hadith ini dinafikan ‘A’isyah, kerana apabila dia dapat tahu mengenainya, dia pun berkata: “ Seorang mu’min lebih bernilai di hadapan Allah berbanding perkara tersebut hingga Dia boleh menghukumnya kerana seekor kucing. Oleh itu, sekiranya kamu meriwayatkan daripada Nabi (s.‘a.w) kamu harus memberikan perhatian apa yang kamu ceritakan.”

Jelaslah ini juga merupakan cerita khayalan yang menerusinya dia cuba menunjukkan akibat buruk melakukan penganiayaan dan layanan yang tidak baik.

51. Cerita khayalan kelima menunjukkan kebaikan berbuat baik

            Al-Bukhari[110] menceritakan bahawa Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi (s.‘a.w) bahawa:

“Allah mengampuni perempuan pelacur yang melintasi seekor anjing yang berdiri di tepi sebuah lubang (berair) dalam keadaan dahaga yang amat sangat. Lalu dia menanggalkan kasutnya, mengikatkannya dengan kain penutup muka dan menimba air dengannya dan memberi anjing itu minum. Oleh kerana itu, Allah mengampuninya sebagai balasan.”
52. Cerita khayalan dengan tujuan yang sama seperti yang terdahulu
           
            Al-Bukhari[111] menceritakan daripada Abu Hurairah yang meriwayatkan daripada Nabi (s.‘a.w) bahawa:

“Seorang lelaki sedang berjalan di jalanan apabila dia merasa terlalu dahaga. Dia melintasi sebuah telaga, turun ke dalamnya, minum dan keluar daripadanya. Kemudian dia terlihat seekor anjing tercungap-cungap dan menjilat tanah kerana dahaga. Lalu dia turun ke dalam telaga dan mengisi kasutnya dengan air dan membawanya ke atas dengan mulut. Kemudian dia memberi minum anjing itu. Allah menghargai perbuatannya dan mengampuni dosa-dosanya.”

Kritikan

            Cerita ini dan cerita sebelumnya, kedua-duanya adalah cerita dongeng dan khayalan belaka yang dihasilkan oleh Abu Hurairah untuk menunjukkan akibat baik dengan melakukan perbuatan yang baik dan sifat mengasihani dan menggalakkan amalan berbuat baik dan berakhlak mulia.

53. Kekufuran melampaui batas yang Allah ampuni

            Muslim[112] menceritakan daripada Mu‘ammar yang mengatakan bahawa al-Zuhri berkata kepadanya:

“Izinkan aku menceritakan dua buah hadith yang pelik kepadamu?  Hamid bin ‘Abd al-Rahman menceritakan daripada Abu Hurairah yang meriwayatkan bahawa Nabi (s.‘a.w) berkata: Seorang lelaki melakukan perbuatan yang keterlaluan terhadap dirinya. Apabila maut mendatanginya dia meninggalkan wasiat kepada anak-anaknya: “Apabila aku mati, bakarlah aku, kemudian hancurkankan debu-debuku, dan lepaskannya ke udara di lautan lepas, kerana demi Allah, sekiranya Tuhanku dapat mengambilku Dia akan memberikan hukuman yang Dia tidak pernah berikan kepada sesiapa.” Mereka pun melakukannya berdasarkan wasiat itu. Kemudian Allah memerintahkan bumi: “ Keluarkan, apa yang kamu ada,” dan di situ dia berdiri. Allah kemudian berkata kepadanya: “Apa yang membuatkanmu melakukan apa yang telah kamu lakukan itu?” Dia menjawab: “Kemurkaanmu, Ya Tuhan.”  Lalu Allah mengampuninya.”

            Al-Zuhri juga turut mengatakan bahawa Hamid bin ‘Abd al-Rahman menceritakan daripada Abu Hurairah bahawa Nabi (s.‘a.w) berkata:

“Seorang wanita masuk neraka kerana seekor kucing yang diikatkannya dengan tidak diberikan makanan dan tidak pula dibenarkan mencari makanannya sendiri daripada serangga di bumi.”

Kritikan

            Mengenai wanita dengan kucing itu, sekiranya dia seorang mu’minah, justeru seperti kata ‘A’isyah ketika mendengar cerita ini, dia lebih bernilai di hadapan Allah untuk dihukum dengan api neraka kerana seekor kucing. Sekiranya  dia seorang kafir, dia akan dihukum kerana itu.

            Mengenai lelaki yang melakukan perbuatan keterlaluan, menurut riwayat hadith ini, tidak melayakkan diberikan pengampunan kerana dia bukan sahaja tetap dalam keadaan kufur sepanjang hidupnya bahkan pada masa matinya juga tetap bersikap ingkar dan berputus asa terhadap rahmat Allah dan cuba  meletakkan dirinya yang berdasarkan fikirannya, kekuasaan Allah tidak akan dapat mencapainya, walaupun kekuasaan Allah meliputi segala sesuatu . Oleh sebab itulah, dia membuat wasiat yang amat buruk yang membayangkan sifat putus asa daripada rahmat Allah  dan penafian kekuasaan Allah. Sudah pasti, orang kafir sepertinya tidak patut dan tidak layak sama sekali mendapat pengampunan  menurut persepakatan pendapat.

            Bahkan sekiranya diandaikan bahawa wasiat orang yang berdosa itu menjadi penyebab kepada pengampunan, adalah tidak mungkin bahawa Nabi (s.‘a.w)  akan menceritakannya tanpa memberikan peringatan berbentuk larangan melakukan perbuatan seperti itu, kerana sekiranya dia meriwayatkannya tanpa arahan seperti itu, sebagaimana yang Abu Hurairah tunjukkan baginda lakukan, orang mu’min akan tersesat, dan ini dengan jelas menunjukkan bahawa mustahil ia  dikatakan perbuatan Nabi (s.‘a.w).

54. Orang berdosa bertaubat kepada Allah kemudian kembali melakukan dosa berulang kali lalu Allah mengatakan kepadanya: “Buatlah apa yang kamu suka, kerana Aku telah mengampunimu.”

            Menurut Muslim, Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi (s.‘a.w) bahawa:
“Seorang telah melakukan dosa, lalu mengatakan: Ya Allah, ampunilah dosaku. Allah berkata: Hamba-Ku melakukan dosa lalu kemudian menyedari bahawa dia mempunyai Tuhan Yang Maha Mengampuni dosanya dan menghitung dosanya. Kemudian orang itu kembali (pada asalnya) dan melakukan dosa sekali lagi. Lalu dia berkata: Ya Tuhanku, ampunilah dosaku. Allah berkata: Hamba-Ku melakukan dosa dan memperhitungkannya. Kemudian dia sekali lagi kembali (kepada asalnya) dan membuat dosa lagi sambil berkata: Ya Tuhanku, ampunilah dosaku. Allah berkata: Hamba-Ku melakukan dosa dan dia menyedari bahawa dia mempunyai Tuhan Yang Maha Mengampuni dosa dan memperhitungkan dosanya. Lakukanlah apa sahaja yang kamu kehendaki kerana Aku telah mengampunimu.”

Kritikan

            Hadith ini seperti yang terdahulu dari segi logik, tujuan dan stailnya, merupakan salah satu yang dikemukakan oleh Abu Hurairah daripada cerita-cerita khayalannya, seperti cerita-cerita yang pernah disampaikan wanita tua, tukang-tukang cerita di mana dia bertujuan untuk menunjukkan kebesaran sifat Maha Pengampun Allah, sedangkan hakikatnya adalah bahawa pengampunan Allah dan rahmat-Nya amat luas sehingga memerlukan mana-mana bentuk cerita dongeng untuk mengesahkan kepercayaan kepadanya. Pada hakikatnya, ia telah diperkukuhkan dengan akal dan juga menerusi ayat-ayat al-Qur’an dan hadith-hadith yang telah diakui umum bukan sahaja di kalangan umat Islam tetapi juga semua agama yang lain.

            Jelaslah, Allah tidak sama sekali menghendaki manusia melakukan apa yang dilarang. Bagaimana mungkin seseorang boleh melakukan dosa, kemudian memohon keampunan, seklai lagi melakukan dosa dan kemudian memohon keampunan atas perlakuan dosanya dan mengulanginya semula sehingga akhirnya Allah membenarkannya melakukan dosa kerana Dia (Allah) telah mengampuninya. Apakah pula perbuatannya sehingga membolehkan seseorang diandaikan layak untuk mendapat keizinan untuk melakukan dosa sedangkan telah diketahui bahawa bahkan para nabi, rasul dan wali tidak diberikan kelonggaran seperti itu.

            Banyak sekali cerita-cerita khayalan para penzalim yang disampaikan oleh Abu Hurairah untuk mengurangkan kadar perbuatan jenayah mereka sebagai contoh, dia mengatakan:

“Aku dengar Nabi (s.‘a.w) mengatakan: Malaikat maut mendekati seorang yang hampir mati tetapi tidak menemui sebarang kebaikan pada dirinya. Dia membuka hatinya, tetapi di situ juga dia tidak temui sebarang kebaikan. Lalu dia membuka tulang rahangnya dan mendapati tepi lidah menyentuh bahagian atas rahangnya mengucapkan La ilaha illa Allah. Lalu Allah mengampuninya.”[113]

            Di antara riwayat-riwayat yang mengandungi cacian dan fitnah manusia ini dapatlah dikemukakan seperti berikut:

            Salat telah disiapkan dan saf-saf disediakan. Apabila Nabi (s.‘a.w) berdiri di atas kain sajdahnya, dia teringat bahawa dia dalam keadaan junub (yang memerlukan mandi wajib).

            Kita hanya dapat melepaskan diri daripada tuduhan-tuduhan seperti itu terhadap Nabi (s.‘a.w) kerana telah diketahui umum bahawa dia (Nabi) sentiasa memelihara diri dalam keadaan bersih dan suci pada setiap masa, iaitu dengan berwudu’ dan pada hakikatnya para nabi terlepas sama sekali daripada kekotoran seperti itu.

            Dalam suasana yang sama adalah riwayatnya yang menafikan kemuliaan Nabi (s.‘a.w) ke atas Musa atau hadithnya bahawa sesiapa sahaja mengatakan bahawa Nabi (s.‘a.w) lebih utama dan mulia daripada Yunus bin Matta adalah pendusta, sedangkan seluruh umat Islam  bersepakat bahawa Nabi (s.‘a.w) merupakan manusia paling utama dan mulia daripada sekalian nabi, sebagaimana diperkukuhkan dengan hujah-hujah yang jelas, sahih dan benar.

            Demikian juga tentang riwayatnya menyebutkan bahawa tiada perbuatan seseorang yang menyebabkannya masuk neraka. Orang ramai berkata: “ Kamu juga tidak termasuk, wahai Nabi. Katanya: Aku juga (tidak termasuk).[114]

            Inilah batasan menentang ayat-ayat al-Qur’an sebagai contohnya:

“Inilah ganjaran pahala bagimu atas perbuatan yang kamu lakukan.”

            Manakala hadith ini: Tiada nabi diutuskan melainkan dia biasanya memberikan binatang makan rumput.”[115]

            Kenyataan itu sudah melampaui batas dengan menjatuhkan kedudukan para nabi.

            Hadith ini pula menyebutkan: Nabi Ibrahim dikhitankan selepas melangkaui usia 80 tahun.[116]

            Hadith ini pula menyebutkan: (Nabi) ‘Isa melihat seseorang mencuri lalu berkata kepadanya, Adakah kamu mencuri? Katanya: Tidak, demi Dia, tiada tuhan melainkan Dia. Justeru dia mengakui dan mengesahkannya dan  menafikan apa yang dilihatnya itu.[117]

            Hadith ini pula: Apabila Allah menciptakan Adam, Dia menggosok belakangnya dan dari situ keluarlah setiap ruh yang akan diciptakan sehingga ke hari Qiyamah seperti debu, kemudian Dia menjadikan kilauan cahaya di antara kedua mata setiap orang kemudian Dia meletakkannya di hadapan Adam. Adam bertanya: Siapakah mereka, Ya Tuhanku.” Allah menjawab: Keturunanmu. Di antara mereka, Adam perhatikan seorang yang mempunyai kilauan cahaya antara dua matanya yang menghairankannya, lalu dia berkata: Siapakah dia? Allah berkata: Inilah anakmu, Dawud. Adam berkata: Berapakah usia yang Kamu anugerahkan kepadanya? Allah berkata: 60 tahun. Katanya: Ya Tuhanku, tambahilah 40 tahun daripada usiaku kepadanya, menjadikan usianya 100 tahun. Allah berkata: Apabila ia dicatat dan dicapkan, ia tidak dapat diubah lagi. Kini, apabila usia Adam sudah sampai, malaikat maut datang kepadanya untuk mematikannya, Adam berkata: “ Bukankah 40 tahun daripada usiaku masih ada.” Malaikat maut berkata kepadanya: “Bukankah kamu telah memberikannya kepada anakmu, Dawud?” Lantas, Adam menyangkalnya dan begitulah juga keturunannya.[118]

            Demikianlah hadithnya yang hampir sama dengan dia menunjukkan keadaan luarbiasa, di antara contoh-contohnya di sini sebelum menutup perbincangan ini sebagai tambahan kepada apa yang telah pun diperlihatkan dalam halaman-halaman yang lebih awal:

            Pertama, hadithnya menunjukkan bahawa berdasarkan percanggahannya sendiri, dia bersama-sama dengan Ala’ bin al-Hadrami apabila dia diutus dalam suatu ekspedisi ketenteraan seramai 4000 orang menuju ke arah Bahrain.  Lalu mereka berjalan sehingga sampai ke sebuah teluk yang tidak pernah dilalui mahupun direntasi. Kemudian Ala’ memegang tali kekang kudanya dan melintasi permukaan air sementara tenteranya mengikutinya. Abu Hurairah menambah: “Demi Allah, tiada kaki, kasut mahupun kuku  yang basah.”

Kritikan

Sekiranya hadith ini benar, setiap orang dalam kumpulan tentera yang mengandungi 4000 orang sahabat akan menceritakannya sebagai suatu hadith yang tampak begitu jelas dengan para perawi (sanad) yang bersambung-sambung. Tetapi pada hakikatnya ia tidak mempunyai kekuatan sanad kecuali kepada Abu Hurairah sahaja. Apalah malangnya!

Kedua, hadith tentang Mizwad (bekas bekalan). Abu Hurairah berkata: Aku menghadapi tiga nasib malang yang tiada taranya dalam Islam. Kematian Nabi (s.‘a.w), akulah sahabatnya yang rendah diri, pembunuhan ‘Uthman dan kemudian kehilangan mizwad. Orang ramai bertanya kepadanya apa yang dimaksudkan mizwad. Katanya: “ Kami berada bersama-sama Nabi (s.‘a.w) dalam suatu perjalanan apabila baginda bertanyakanku: Adakah kamu mempunyai sesuatu?” Aku berkata: “Buah tamar dalam bekas bekalanku.” Dia berkata: “Keluarkanlah.” Aku keluarkan tamar  itu dan menyerahkannya kepadanya. Dia menyentuhnya dan berdoa dengannya sambil berkata: “Bilang sampai sepuluh.” Aku bilang sampai sepuluh dan mereka makan sehingga mereka kekenyangan. Selepas itu, perkara yang sama berlaku sehingga seluruh tentera dapat makan dan buah tamar itu tetap bersama denganku dalam bekas bekalanku. Kemudian dia berkata: “ Wahai Abu Hurairah, bila sahaja kamu ingin makan sesuatu daripadanya, letakkanlah ia dalam tanganmu dan janganlah ragu-ragu.” Lalu, aku makan daripadanya sepanjang hayat Nabi (s.‘a.w), sepanjang hayat Abu Bakr, sepanjang hayat ‘Umar, dan sepanjang hayat ‘Uthman, namun sebaik sahaja ‘Uthman terbunuh aku telah kehilangan apa yang ada di tanganku dan juga bekas bekalanku. Patutkah aku memberitahumu berapa banyak aku makan daripadanya? Aku makan daripadanya sebanyak 200 muatan (unta)!”

Kritikan

            Tidak ragu-ragu lagi bahawa Nabi (s.‘a.w) biasanya memberi makan sejumlah besar tetamu daripada bekalan yang sedikit dalam beberapa kejadian, dan ia dianggap sebagai suatu mu‘jizat dan bukti perutusannya. Namun begitu, hadith ini secara khusus merupakan ciptaan Abu Hurairah sebagai suatu cara untuk memberikan sumbangan untuk kepentingan Bani Umaiyyah dengan mengada-adakan kegemparan tentang pembunuhan ‘Uthman dengan cara memperlihatkan pakaiannya yang bersalut darah dan jari jemari tangan isterinya yang terpotong, dan dengan cara itu, menyebabkan orang ramai menangisi dan meratapi kematiannya.

            Abu Hurairah kelihatan memiliki sebuah bekas yang jauh lebih besar daripada mizwad (bekas bekalan)nya, yang dengannya dia dapat mengeluarkan hadith dalam apa jua corak, teks atau bentuk yang dia sukai, bila sahaja dia kehendaki dan dalam keadaan bagaimana dia citrakan kerana kerapkali apabila dia meriwayatkan sesuatu dia ditanya: “Adakah kamu mendengarnya sendiri daripada Nabi (s.‘a.w)?” dan dia akan menjawab: “Tidak, tetapi ia adalah daripada bekas Abu Hurairah.” Sudah jelas ketakjuban Abu Hurairah adalah terlalu banyak untuk dapat dimuatkan dalam satu jilid.  

55. Abu Hurairah mengaitkan cerita atau riwayatnya sendiri kepada Nabi (s.‘a.w)

            Adalah menjadi kebiasaan bagi Abu Hurairah mengaitkan (hadith) secara langsung kepada Nabi (s.‘a.w), walaupun hadith-hadith itu diterimanya daripada orang perantara. Dengan kata-kata lain, dia tidak membuat sebarang perbezaan di antara apa yang dia dengari sendiri daripada Nabi (s.‘a.w) secara langsung dan apa yang dia perolehi menerusi orang lain. Contoh, riwayatnya bahawa Nabi (s.‘a.w) berkata kepada bapa saudaranya, Abu Talib: “Ucapkanlah La ilaha illa Allah, aku akan menjadi saksi untukmu pada Hari Qiyamah….” dan sebagainya. Sudah diketahui umum bahawa Abu Talib wafat 20 tahun sebelum Abu Hurairah datang ke kota Hijaz dari tanah tumpah darahnya, Yaman dan kerana itu, tidak timbul persoalan dia mendengarnya secara langsung daripada Nabi (s.‘a.w) yang menyebutkan demikian tetapi Abu Hurairah meriwayatkannya tanpa menyebutkan nama orang tengah atau perantara seolah–olah dia melihat dengan matanya sendiri bahawa Nabi (s.‘a.w) berbicara dengan bapa saudaranya, Abu Talib dan benar-benar mendengar kata-katanya.

            Sekali lagi, Abu Hurairah menceritakan bahawa ketika ayat “wa andhir ‘asyirata-ka’l-aqrabin,” diwahyukan, Nabi (s.‘a.w) berdiri di antara bapa-bapa saudaranya sambil berkata: “Wahai kaum Quraisy, aku tidak dapat menyelamatkanmu daripada Allah….” Di sini sekali lagi, semua ulama bersepakat bahawa ayat ini diwahyukan semasa zaman-zaman awal kenabian baginda (s.‘a.w) bahkan sebelum ia diketahui umum sementara pada masa itu, Abu Hurairah masih lagi berada di Yaman sebagai seorang bukan Islam kerana dia hanya datang ke kota Hijaz kira-kira 20 tahun selepas penurunan wahyu tersebut. Bagaimana mungkin dia boleh mendakwa: Nabi (s.‘a.w) berdiri sambil berkata,” seolah-olah dia hadir dalam peristiwa itu dan melihat semua yang berlaku dalam kejadian itu dengan matanya sendiri dan mendengar semua perkataan itu dengan telinganya ketika ia ditutur atau diucapkan di tempat itu.

            Demikianlah juga, katanya: Nabi (s.‘a.w) selalu berdoa dalam qunutnya: “Ya Allah, ampunilah Salma bin Hisyam; Ya Allah ampunilah Walid bin Walid; Ya Allah ampunilah ‘Ayyasy bin Abi Rabi‘ah; Ya Allah ampunilah orang-orang mu’min yang lemah (yang orang-oang kafir dapat tawan kembali daripada berhijrah….)”

            Tokoh ulama semasa yang terulung pada zaman ini, Muhammad Amin al-Misri telah juga merujuk kepada sikap dan tabiat Abu Hurairah apabila dia menyebutkan: Adalah jelas bahawa Abu Hurairah tidak hanya membataskan dirinya kepada apa yang dia sendiri dengar daripada Nabi (s.‘a.w) bahkan dia juga menceritakan daripada Nabi (s.‘a.w) apa yang dia terima menerusi orang lain.

            Hakikatnya, Abu Hurairah sendiri mengakui kenyataan ini. Contoh, ketika dia menceritakan hadith yang dikatakan daripada Nabi (s.‘a.w) bahawa seseorang yang berada dalam keadaan berjanabah (berhadath besar) pada waktu subuh tidak harus berpuasa, dan ‘A’isyah serta Umm Salmah menafikannya, dia mengembalikan hadith itu sebaliknya kepada Fadl bin ‘Abbas dengan mengatakan bahawa dia tidak mendengarnya daripada Nabi (s.‘a.w), tetapi daripada Fadl bin ‘Abbas. Apakah hadith ini palsu atau sahih, kenyataannya adalah bahawa Abu Hurairah di sini dengan sendirinya mengakui bahawa  dia memperolehinya daripada Fadl dan bukannya secara langsung daripada Nabi (s.‘a.w).

            Mungkin dapat dihujahkan untuk menyokong Abu Hurairah bahawa ia tidak memberikan kesan kepada kesahihan hadith itu sekiranya ia diterima walaupun tidak langsung daripada Nabi (s.‘a.w) , tetapi menerusi seorang perawi selama mana diterangkan bersumber daripada Nabi (s.‘a.w) pada akhirnya. Ini bukanlah alasan yang kukuh kerana kaedah ilmu hadith menghubungkan kepada kesahihan, kejujuran dan kesepaduan semua perawi yang mungkin terlibat dalam periwayatan hadith daripada Nabi (s.‘a.w) hingga ke peringkat terakhir sewaktu ia dicatatkan. Oleh yang demikian, adalah menjadi suatu kewajiban bagi setiap orang (perawi) yang tidak menerima hadith itu secara langsung daripada Nabi (s.‘a.w) menyatakan nama perawi yang menerimanya secara langsung daripada Nabi (s.‘a.w) dan juga nama-nama semua orang yang menjadi perawi hingga kepada perawi yang terakhir. Ini merupakan suatu kewajiban bertujuan untuk menguji kesahihan hadith itu menerusi penglibatan hanya para perawi yang benar dan boleh dipercayai, dan hal ini tidak mungkin berlaku sekiranya nama walaupun salah seorang daripada perantara (orang tengah) tidak diketahui. Kesimpulan perbincangan ini menunjukkan bahawa oleh kerana Abu Hurairah selalu membuangkan nama-nama perawi yang menjadi perantaraan dalam kebanyakan hadith yang diriwayatkannya menyebabkan ia boleh dipersoalkan kecuali hadith-hadith itu diakui oleh orang lain menerusi para perawi yang tidak terputus, yang kesahihannya dapat diperiksa dan diuji. Oleh kerana itu, hadith-hadith yang diriwayatkan Abu Hurairah sendirian gagal diterima sebagai hadith yang sahih dan boleh dipercayai.  

56. Abu Hurairah mendakwa dia hadir sedangkan dia sebenarnya tidak hadir

            Riwayat-riwayat Abu Hurairah turut diragukan kerana dalam beberapa keadaan, dia mendakwa hadir di tempat itu sedangkan sebenarnya dia tidak hadir dan tidak mungkin dapat hadir kerana alasan-alasan yang dapat ditolak lagi.

            Contoh, katanya: Aku memanggil Ruqaiyyah, anak perempuan Nabi (s.‘a.w), isteri ‘Uthman ketika dia sedang memegang sikat di tangannya. Katanya: “Nabi (s.‘a.w) baru sahaja pergi daripadaku, selepas aku menyikat rambutnya. Dia berkata kepadaku: “Bagaimana kamu mendapati Abu ‘Abdullah (iaitu ‘Uthman).” Aku berkata: “Baik.” Dia pun berkata: “Layanilah dia dengan penuh hormat kerana di kalangan sahabatku, dia mempunyai akhlak yang hampir sama denganku.”

            Al-Hakim telah menceritakan hadith ini dalam al-Mustadrak[119] dengan menyebutkan bahawa sumber  hadith tersebut adalah sahih tetapi teksnya (matan) tidak dapat dipercayai kerana Ruqaiyyah telah wafat 3 tahun selepas Hijrah pada masa kemenangan al-Badr sedangkan Abu Hurairah  memeluk Islam selepas kemenangan Khaybar pada tahun 7 Hijrah. Kenyataan yang sama dicatatkan oleh al-Dhahabi dalam Talkhis al-Mustadrak mengenai hadith ini.

            Berhubung dengan sifat terlupa Nabi (s.‘a.w), Abu Hurairah menceritakan: Kami bersalat zuhr atau ‘Asr bersama-sama dengan Rasulullah (s.‘a.w) apabila baginda mengakhirinya dengan hanya dua raka‘at. Justeru itu, Dhu al-Yadain berkata kepada baginda: “ Adakah kamu mengqasarkan (memendekkan) salat atau kamu terlupa.” Namun demikian, Dhu al-Yadain telah pun mati syahid dalam peperangan al-Badr lama dahulu sebelum Abu Hurairah menganuti Islam seperti yang telah diperlihatkan sebelumnya.

            Banyak kali juga, Abu Hurairah mengucapkan kata-kata  ini untuk meraikan kejayaan: “Kami telah menakluki Khaybar, ketika dia tidak memperolehi emas atau perak sebagai harta rampas perang tetapi hanya bebiri dan kambing, lembu, unta dan sedikit harta seperti …….” Walaupun telah disepakati bahawa dia memang tidak pernah hadir pada masa penaklukan Khaybar. Oleh kerana itulah, para pensyarah kedua-dua kitab Sahih al-Bukhari dan Muslim turut sama meragui kesahihan ayat tersebut: “ kami menakluki Khaybar,” dan hanya benar-benar dapat mengambilnya sebagai merujuk kepada umat Islam secara umum.

            Biasanya, dia juga mengatakan: “Kami mengambil bahagian dalam Perang Khaybar bersama-sama dengan Nabi (s.‘a.w)…”[120] Sebentar tadi telah pun disebutkan bahawa Abu Hurairah tidak pernah hadir dalam Perang Khaybar kerana dia menganuti Islam selepas kemenangan di Khaybar.

            Dia juga turut berkata: “Aku melihat 70 orang ahli Suffah, tiada seorang pun mempunyai sehelai kain menutupi badan mereka.” Kini, fakta menunjukkan bahawa  70 orang ahli Suffah telah mati syahid dalam Perang Bi’r al-Ma‘unah yang meletus pada bulan Safar tahun 4 selepas Hijrah lama sebelum Abu Hurairah menerima Islam atau datang dari tanah tumpah darahnya, Yaman. Bagaimanakah dia boleh mengatakan bahawa dia melihat mereka?

            Sememangnya cukup jelas bahawa Abu Hurairah biasanya menceritakan daripada Nabi (s.‘a.w) apa yang dia sendiri tidak benar-benar mendengar daripada baginda (s.‘a.w) dan dia turut menunjukkan dirinya hadir sedangkan dia memang tidak pernah hadir. Cukup menghairankan bahawa para pengarang Sahih telah memenuhkan kitab mereka dengan cerita-ceritanya tanpa mengambilkira atau mempertimbangkan aspek-aspek tabiatnya yang amat penting ini dalam menyampaikan riwayat hadith tersebut, dan tidak pula menguji hadith-hadith itu menurut ukuran yang diterimapakai bagi mengesan pemalsuan dan rekacipta sementara orang ramai pula pada umumnya hanya mengikut pengarang-pengarang kitab Sahih dan melakukan perkara yang sama berkaitan dengan hadith-hadith tersebut tanpa menguji kesahihan dan kebenarannya.

57. Penolakan hadith-hadith Abu Hurairah oleh tokoh-tokoh terawal

            Pada masa Abu Hurairah masih hidup itu sendiri, ramai orang menolak dan membenci cerita atau riwayatnya kerana dia menceritakannya dalam jumlah yang sangat besar dan telah menerimapakai gaya atau stail rekaannya sendiri yang agak aneh, yang menimbulkan keraguan dalam pemikiran orang ramai dan mereka enggan menerima hadith tersebut, dari kedua-dua aspek, kualiti dan bilangan (kuantiti).

            Abu Hurairah sendiri berkata dalam nada sesal dan tidak berdaya: “ Orang ramai mengatakan bahawa Abu Hurairah menceritakan hadith yang terlalu banyak, namun Allah akan ditemui jua. Mereka juga mengatakan bahawa Muhajirin dan Ansar tidak meriwayatkan hadith sedemikian banyak.” Di sini dia dengan jelas menunjukkan bahawa kedua-dua aspek, bilangan dan kualiti riwayatnya tidak disukai orang ramai. Dia juga turut memberikan amaran kepada mereka dengan Allah dan Hari Pengadilan ketika mereka semua akan menemui-Nya. Dalam kata-katanya yang lain, dia dengan terang mengatakan: “ Namun mengenai dua baris ayat dalam al-Qur’an, aku tentu tidak meriwayatkan sesuatu kepadamu sama sekali, iaitu:

“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam al-Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknat.”[121]

Ia telah diriwayatkan oleh kedua-dua tokoh, al-Bukhari dan Muslim.masing-masing dalam kitab Sahih mereka.

            Hujah yang sama telah diterangkan lebih lanjut oleh Abu Zarrin yang mengatakan: Abu Hurairah datang kepada kami, sambil memukul-mukul dahinya dengan tangannya seraya berkata: “Lihatlah di sini, adakah kamu, orang ramai bermaksud mengatakan bahawa aku berdusta dengan nama Rasulullah (s.‘a.w) bertujuan memberikan petunjuk kepadamu sedangkan aku sendiri tidak mendapat petunjuk.”

            Ketika Abu Hurairah datang ke ‘Iraq bersama-sama Mu‘awiyah dan melihat sebilangan besar orang yang datang menyambutnya, dia pun berlutut di Masjid Kufah, kemudian batuk beberapa kali  agar orang ramai memberikan perhatian kepadanya dan apabila semua orang berkumpul di sekelilingnya, dia mengungkapkan kepada mereka: “ Wahai penduduk ‘Iraq, adakah kamu aku berdusta terhadap Allah dan Rasul-Nya (s.‘a.w) dan menjadikan diriku layak dihumbankan ke neraka…” dan kemudian dia terus melemparkan segala bentuk tuduhan dan kesalahan ke atas ‘Ali (‘a.s) hanya semata-mata untuk menyenangkan tuannya dan juga musuh-musuh ‘Ali (‘a.s) dengan kata-kata yang penuh dengan pendustaan dan rekaan.[122]

            Ibn Qutaibah telah mencatatkan dalam kitabnya, Ta’wil Mukhtalaf al-Hadith[123] bahawa Nizam mengatakan bahawa ‘Umar, ‘Uthman, ‘Ali (‘a.s) dan ‘A’isyah seringkali mendustakan Abu Hurairah. Bahkan ketika cuba mendebatkan Nizam dan mempertahankan Abu Hurairah, Ibn Qutaibah mengakui seperti berikut:  Berhubung dengan keterangan Nizam bahawa ‘Umar, ‘Uthman, ‘Ali (‘a.s) dan ‘A’isyah seringkali mengenepikan Abu Hurairah, hakikatnya adalah bahawa Abu Hurairah berada dalam kumpulan bersama-sama Nabi (s.‘a.w) untuk hanya 3 tahun sahaja dan orang ramai telah meriwayatkan begitu banyak cerita daripadanya. Oleh yang demikian, apabila dia menceritakan lebih banyak daripada apa yang diceritakan berbanding dengan para sahabat yang lain termasuklah sahabat-sahabat besar atau sahabat-sahabat yang terkemuka dalam Islam, mereka menyalahkannya dan mendustakannya dengan mengatakan “bagaimana kamu mendengar semuanya itu secara bersendirian, dan siapakah lagi yang mendengarnya bersama-samamu?” ‘A’isyah merupakan tokoh yang paling keras mendustakannya kerana hayatnya yang lebih panjang seperti hayatnya juga.

            ‘Umar juga turut bersikap keras terhadap sesiapa sahaja yang banyak meriwayat tanpa mendapat pengukuhan dan pengesahan terhadap riwayat itu…” Dengan cara ini jugalah, dia (Ibn Qutaibah) mengakui keterangan Nizam itu. Hanya kebenaran jualah yang pasti menyingkapkan kebenaran pada akhirnya.

            Para sahabat besar dan bahkan orang-orang selepas mereka tetap mendustakan Abu Hurairah sepanjang hayat mereka dan tidak teragak-agak  melakukannya, tetapi kebanyakan manusia muslim yang datang selepas mereka mulai mengelakkan diri daripada mendustakannya kerana mereka berpegang kepada kepercayaan tentang “ semua sahabat adalah adil,” pada umumnya dan enggan melakukan penyelidikan atau pengkajian terhadap akhlak mereka sebagai suatu prinsip asas. Dengan cara ini, mereka meletakkan pelbagai bentuk halangan atau rintangan kepada akal dan pemikiran mereka, membutakan mata dan menutupi telinga mereka sama seperti yang digambarkan dalam ayat al-Qur’an:

“Mereka tuli, bisu dan buta, maka tidaklah mereka akan kembali (ke jalan yang benar).”[124]

            Walau bagaimanapun, para Imam di kalangan Ahl al-Bait (‘a.s) iaitu kaum kerabat Rasulullah (s.‘a.w)  menilai semua sahabat berdasarkan penilaian sahabat terhadap diri mereka sendiri. Oleh itu, berhubung dengan Abu Hurairah, pendapat mereka adalah sama seperti ‘Ali (‘a.s), ‘Umar, ‘Uthman dan ‘A’isyah sebutkan di atas, dan semua pengikut mereka iaitu golongan Syi‘ah sama ada yang awal atau yang akhir sentiasa mengikuti mereka dalam perkara ini mulai pada zaman Amir al-Mu’minin ‘Ali (‘a.s) hingga ke hari ini.

            Berhubung dengan pendapat tokoh-tokoh lain, pandangan beberapa orang tokoh terkemuka dicatatkan seperti di bawah:

            Imam Abu Ja‘far Askafi mengatakan: Abu Hurairah dianggap sebagai seorang gila oleh para ketua kami dan tidak boleh diterima sebagai perawi. Beliau juga mengatakan: Khalifah ‘Umar memukulnya dengan tali cemeti sambil berkata “ kamu menyampaikan riwayat yang keterlaluan banyaknya daripada Nabi (s.‘a.w) dan aku pasti akan memerangimu kerana kamu melakukan penddustaan terhadap Nabi (s.‘a.w).”

            Sufyan al-Thauri menceritakan daripada Mansur, daripada Ibrahim al-Taimi yang mengatakan: Orang ramai tidak mengakui hadith-hadith Abu Hurairah kecuali yang berkaitan dengan syurga dan neraka.

            Abu Usamah menceritakan daripada A‘masy yang mengatakan: Ibrahim merupakan seorang yang boleh dipercayai dalam hadith. Justeru apabila aku mendengar hadith, aku pergi kepadanya dan menyebutkan di hadapannya. Pada suatu hari aku membawa beberapa buah hadith kepadanya yang diceritakan daripada Abu Salih, seterusnya daripada Abu Hurairah. Katanya: Maafkan aku dalam persoalan Abu Hurairah kerana orang ramai biasanya menolak kebanyakan hadith daripadanya.

            Telah diceritakan daripada ‘Ali (‘a.s) bahawa beliau berkata: Pembohong besar di kalangan manusia atau katanya, di kalangan manusia yang hidup terhadap Nabi (s.‘a.w) ialah Abu Hurairah al-Dusi.

            Abu Yusuf menanyakan Abu Hanifah bahawa dalam sesuatu persoalan yang kita bertembung dengan sebuah hadith dikatakan daripada Nabi (s.‘a.w) tetapi berbeza sama sekali dengan pendapat kita, apakah yang harus kita lakukan terhadapnya. Katanya: “ Sekiranya ia disampaikan menerusi sanad (perawi) yang benar, kita hendaklah mengamalkannya dan mengenepikan pendapat kita.” Kemudian aku berkata: “ Apakah pula katamu mengenai Abu Bakr dan ‘Umar.” Dia berkata: “Dalam urusan mengenai mereka, aku menegahmu daripada memberikan pendapat.” Aku berkata lagi: “‘Ali (‘a.s) dan  ‘Uthman pula.” Dia berkata: “Kedua-duanya sama sahaja.” Apabila dia melihat bahawa aku menamakan para sahabat seorang demi seorang, lalu dia berkata: “Semua sahabat adalah adil melainkan beberapa orang sahaja,” dengan mengecualikan Abu Hurairah dan Anas bin Malik.

            Ringkasnya, sudah jelas bahawa Abu Hanifah dan para sahabat lain biasanya menolak hadith-hadith Abu Hurairah apabila ia bercanggah dengan pendapat mereka. Sebagai contoh: Abu Hurairah dan semua sahabat bersepakat bahawa salat akan terbatal disebabkan perbuatan bercakap sama ada terlupa, jahil atau kerana sesuatu yang seolah-olah menunjukkan orang yang melakukannya itu sudah selesai. Madhhab Fiqh Hanafi adalah jelas dalam persoalan itu dan pendapat yang sama dipegang oleh Sufyan al-Thauri. Ini bermakna bahawa mereka tidak memberikan perhatian dan penekanan langsung kepada hadith Abu Hurairah  di mana dia menceritakan bahaw: Nabi (s.‘a.w) pada suatu ketika terlupa dan mengakhiri salat empat raka‘at dalam dua raka‘at, kemudian baginda bangkit daripada tempat salatnya and pergi ke biliknya. Kemudian baginda datang kembali ketika itu ditanyakan kepadanya: “Adakah kamu mengqasarkan (memendekkan) salat atau terlupa.” Baginda membalas: Aku tidak mengqasarkan dan bukan terlupa.” Kemudian mereka berkata: “Tetapi kamu melakukan dua raka‘at sahaja bersama-sama kami.” Selesai soal-jawab di antara baginda dengan mereka, baginda percaya apa yang mereka katakan. Justeru dengan bersandarkan dua raka‘at terdahulu itu, baginda menyempurnakan salat kemudian bersujud sahwi (sujud kerana terlupa).

            Atas dasar inilah, Imam Malik, Imam al-Syafi‘i dan Imam Ahmad berpendapat bahawa bercakap kerana terlupa semasa bersalat, atau  keyakinan orang yang menunaikan salat bahawa dia tidak terikat lagi dengannya tidak menyebabkannya terbatal. Bagimanapun, sebaliknya Abu Hanifah tidak menerima dan mengakui hadith Abu Hurairah kerana dia berpendapat salat terbatal dalam keadaan seperti itu.

            Sebelum menamatkan perbincangan, kami kemukakan di bawah ini beberapa contoh yang menunjukkan kedudukan Abu Hurairah pada pandangan beberapa orang sahabat:

(1) Menurut Musaddad dalam Musnadnya, dan Ibn Hajar dalam Isabahnya, Abu Hurairah dikatakan berkata: Apabila ‘Umar mendapat tahu tentang hadith-hadithku, dia mengutus kepadaku dan berkata: Adakah kamu bersama-sama kami pada hari kami berada dalam rumah si-polan dan si-polan?” Aku berkata: “Ya.” Dia berkata: “Nabi (s.‘a.w) berkata pada hari itu, barang siapa berdusta terhadapku dengan sengaja, maka sedialah tempatnya di neraka.”

            Ini merupakan petunjuk paling jelas bahawa Abu Hurairah bukanlah di kalangan orang-orang yang meriwayatkan hadith semasa ‘Umar bahkan bukan pula termasuk orang-orang yang ‘Umar lihat atau dengar  meriwayatkan hadith. Namun begitu, apabila dia mendapat tahu beberapa buah hadith Abu Hurairah menerusi orang-orang lain dan keanehannya memeranjatkannya, dia menghantar peringatan kepadanya untuk memberikan amaran terhadap perkara tersebut dengan pembalasan neraka.

(2) Menurut Ibn ‘Asakir dalam kitabnya, Kanz al-‘Ummal[125] ‘Umar pada suatu kali memperingatkan Abu Hurairah dengan katanya: “Hentikanlah menyampaikan riwayat daripada Nabi (s.‘a.w) atau sekiranya tidak, aku akan campakkanmu ke bumi Dus atau bumi monyet.”

(3) Menurut Imam Abu Ja‘far Askafi, seperti yang telah disebutkan terdahulu, pada suatu kali ‘Umar begitu marah terhadap Abu Hurairah kerana meriwayatkan hadith keterlaluan banyaknya daripada Nabi (s.‘a.w) lalu memukulnya dengan tali cemetinya sambil memperingatkannya dengan kata-katanya: Kamu sudah keterlaluan, dan kerana itu aku terpaksa menentangmu disebabkan pendustaanmu terhadap Nabi (s.‘a.w).

(4) ‘Umar melucutkannya dari Bahrain selepas memukulnya sehingga bahagian belakangnya berdarah dan dia mengambil balik 10 000 dirham harta Bait al-Mal daripadanya dan memberikan peringatan kepadanya dengan kata-kata yang kesat seperti yang diperlihatkan dalam keterangan Abu Hurairah semasa pemerintahan dua orang khalifah.
  
(5) Menurut Muslim dalam Sahihnya,[126]  ‘Umar memukul Abu Hurairah pada masa hayat Nabi (s.‘a.w) begitu teruk sehingga jatuh terduduk.

(6) Abu Ja‘far Askafi telah menceritakan bahawa ketika ‘Ali (‘a.s) terdengar mengenai Abu Hurairah meriwayatkan hadith, beliau berkata: “ Dia manusia paling banyak berdusta,” atau katanya: “ pendusta paling besar terhadap Rasulullah (s.‘a.w) di kalangan manusia yang hidup ialah Abu Hurairah.”

(7) Abu Hurairah selalu mengatakan: “ Sahabatku menceritakan kepadaku,” atau “ aku melihat sahabatku,” atau “ sahabatku Nabi (s.‘a.w) telah berkata kepadaku.” Apabila ia disampaikan kepada ‘Ali (‘a.s), beliau berkata: “ Bilakah masanya Rasulullah (s.‘a.w)  menjadi sahabatmu, wahai Abu Hurairah?”

(8) Menurut al-Hakim dalam kitabnya, al-Mustadrak[127] ketika hadith-hadith Abu Hurairah sampai kepada pengetahuan ‘A’isyah, dia mengutuskan seseorang kepadanya dan berkata: “Apalah hadith-hadith ini yang sampai kepada kami bahawa kamu menceritakan sesuatu daripada Nabi (s.‘a.w). Adakah kamu mendengar lain daripada apa yang kami dengar, adakah kamu melihat lain daripada apa yang kami lihat?” katanya, “Wahai Umm al-Mu’minin, cermin dan logammu menjauhkanmu  daripada Nabi (s.‘a.w).”

(9) Abu Hurairah menceritakan bahawa anjing, wanita dan kaldai membatalkan salat lalu ‘A’isyah menolaknya dengan berkata: “ Aku melihat Nabi (s.‘a.w) menunaikan salat di tengah-tengah katil sedang aku pula berada di atas katil menjadi hadangan antara baginda dengan Qiblah.”

(10) Abu Hurairah menceritakan sebuah hadith yang menentang berjalan di atas sebelah kaki sahaja. Ketika ‘A’isyah mendapat tahu mengenainya, dia berjalan di atas sebelah kaki dan  berkata “ Aku pasti akan menentang Abu Hurairah dalam persoalan ini.”

(11) Abu Hurairah menceritakan bahawa sesiapa berada dalam keadaan berjunub menjelang subuh (dalam keadaan berhadath besar)  tidak harus berpuasa. Dia telah ditolak dalam hal ini oleh ‘A’isyah dan Umm Salmah seperti yang telah dinyatakan sebelumnya.

            Hadith ini dan dua hadith yang terdahulu boleh diperolehi di dalam Ta’wil Mukhtalaf al-Hadith oleh Ibn Qutaibah.[128]

(12) Dua orang menemui ‘A’isyah dan berkata mengenai Abu Hurairah yang telah meriwayatkan daripada Nabi (s.‘a.w) bahawa ada tanda ramalan pada wanita dan binatang, yang menjadikan ‘A’isyah hilang sabar dan berkata: “Demi Allah yang mewahyukan al-Qur’an kepada Abu al-Qasim (s.‘a.w), barang siapa meriwayatkannya daripada Rasulullah (s.‘a.w) bercakap dusta.”

(13) Pada suatu kali, Abu Hurairah duduk di sebelah tempat ‘A’isyah dan menceritakan hadith-hadith daripada Nabi (s.‘a.w) ketika ‘A’isyah sedang membaca tasbih. Selepas selesai, dia mengatakan: “Bukankah sesuatu yang menghairankan Abu Hurairah menceritakan hadith-hadith daripada Nabi (s.‘a.w) dan membuatkan aku mendengarnya ketika aku pula sedang sibuk membaca Tasbih sementara dia akan pergi dari situ sebelum aku selesai. Sekiranya aku dapat menangkapnya, aku akan menafikannya.”

            Hadith ini dan hadith yang terdahulu kelihatan dalam kitab Ibn Qutaibah, Ta’wil Mukhtalaf al-Hadith.[129]

(14) Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi (s.‘a.w) bersabda: “Apabila seseorang daripada kamu terjaga daripada tidur, dia hendaklah membasuh kedua-dua tangannya sebelum meletakkannya ke pinggan  kerana tiada seorang pun tahu ke mana kedua-dua tangan itu pergi.”

            ‘A’isyah menolak hadith ini dan  enggan menerimanya sambil berkata: “Apakah yang boleh kita lakukan dengan mihras (bekas air yang berat daripada batu yang dipotong).[130] Walau bagaimanapun, dapatlah diperhatikan bahawa ‘A’isyah kelihatan enggan mengakui kesahihan hadith ini kerana dia tidak yakin dan percaya kepada Abu Hurairah.    

(15)  Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi (s.‘a.w): “Sesiapa yang mengusung keranda hendaklah berwudu’.”

            Ibn ‘Abbas tidak mengakui kesahihan hadith ini sebaliknya terus menolaknya sambil berkata: “Wudu’ tidak wajib semasa mengusung keranda kayu. Perkara ini juga telah diceritakan oleh sebilangan besar ulama yang terpercaya termasuklah juga Ahmad Amin dalam Fajr al-Islam.[131]    

(16) Ibn ‘Umar selalu meriwayatkan bahawa Nabi (s.‘a.w) membenarkan membunuh anjing kecuali anjing yang digunakan untuk memburu, untuk mengawal kambing dan bebiri atau untuk menjaga ternakan. Disampaikan untuk perhatian Ibn ‘Umar bahawa Abu Hurairah menambah dalam hadith itu, anjing yang menjaga lading. Ibn ‘Umar tidak mengakuinya tetapi sebaliknya menolaknya dengan mengatakan: “ Abu Hurairah  mempunyai sebuah ladang, lalu dia mengadakan sedikit tambahan dalam hadith Nabi (s.‘a.w) bertujuan untuk menjaga anjingnya dan juga ladangnya sebagai mengambil sikap berhati-hati. Hadith ini kelihatan dalam kitab Muslim, Sahih.[132]

(17) Ibn ‘Umar tidak mengesahkan hadith Abu Hurairah mengenai landak dan terus meragui kesahihannya.

(18) Ibn ‘Umar terdengar Abu Hurairah meriwayatkan hadith bahawa barang siapa menyertai upacara pengusungan jenazah, akan mendapat satu bahagian pahala lalu menyatakan: Abu Hurairah telah menyampaikan hadith yang keterlaluan banyaknya.” Dia tidak mengakui kesahihannya sehinggalah dia menghantarkannya kepada ‘A’isyah untuk mendapatkan pandangannya.  ‘A’isyah turut meriwayatkannya dan barulah selepas itu, dia mengakui kesahihannya. Hadith ini telah dibuktikan benar. Muslim telah menyebutkannya dalam kitabnya, Sahih.[133]

(19) Amir bin Syuraih bin Hani turut melakukan perkara yang sama apabila dia terdengar Abu Hurairah menceritakan bahawa: “ Barang siapa mengingini bertemu Allah, Allah suka bertemu dengannya, dan barang siapa membenci bertemu Allah, Allah juga tidak suka bertemu dengannya. Dia tidak mengakui kesahihan Abu Hurairah sehingga dia bertanya ‘A’isyah mengenainya dan ‘A’isyah turut meriwayatkannya sambil memahamkan maksud hadith itu kepadanya. Hadith ini juga telah dibuktikan benar.[134]

            Berhubung dengan persoalan mengenai keadilan semua sahabat, tidak ada bukti yang menyokongnya. Bahkan para sahabat sendiri tidak menyedarinya. Malahan sekiranya diandaikan hadith itu benar, kita sebaiknya mengikutinya sebagai penghormatan kepada sahabat yang kedudukan mereka tidak diketahui, dan bukannya menghormati  sahabat yang ditolak oleh setiap orang termasuk ‘Umar, ‘Uthman, ‘Ali (‘a.s) dan ‘A’isyah atau seseorang yang patut ditentang kerana ada bukti yang jelas sementara menentang Abu Hurairah pula, kita memang mempunyai bukti yang cukup jelas. 

58. Protes Abu Hurairah terhadap orang-orang yang menyalahkannya

            Abu Hurairah biasanya memprotes terhadap orang-orang yang mendustakannya atau mencari kesalahannya. Dia berkata: Orang ramai berkata bahawa Abu Hurairah terlalu banyak menyampaikan riwayat, hanya kepada Allahlah tempat kembali. Mereka juga mengatakan bahawa golongan Muhajir dan Ansar tidak meriwayatkan seperti mana dirinya. Apa yang pasti saudara-saudaraku di kalangan Muhajirin biasanya menghabiskan masa berjualbeli di pasar manakala saudara-saudaraku di kalangan Ansar pula melibatkan diri dalam hartabenda mereka. Di pihak yang lain pula, aku tidak punya apa-apa dan senitasa bersama-sama Nabi (s.‘a.w)  sekadar untuk mengisi perutku. Oleh itu, aku hadir sedangkan mereka pula tidak hadir dan aku menghafal sedangkan mereka pula terlupa, dan pada suatu hari Nabi (s.‘a.w) bersabda: “ Tidak ada seorang pun di antaramu harus menggulungkan kainnya sehingga aku menghabiskan ucapanku ini kemudian dia hendaklah menyimpannya dalam dadanya agar dia lupa segala kata-kataku itu.” Justeru aku membentangkan pakaian bercorak kerana aku tidak mempunyai pakaian lain sehinggalah  Nabi (s.‘a.w) selesai mengucapkan kata-katanya, kemudian aku menyimpannya dalam dadaku. Lantaran itu, demi Dia yang mengutuskannya dengan kebenaran, aku tidak lupa segala sesuatu daripada kata-katanya sehingga ke hari ini. Demi Allah, bagaimanapun bagi dua ayat al-Qur’an aku tidak akan sekali-kali menceritakan sesuatu kepadamu, iaitu:

“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam al-Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati. Kecuali mereka yang telah taubat dan mengadakan perbaikan dan menerangkan (kebenaran), maka terhadap mereka itulah Aku menerima taubatnya dan Akulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.”[135]  

            Apa yang pasti, Abu Hurairah terpaksa memperlihatkan hadith ini untuk menentang orang-orang yang mendustakannya dalam kedua-dua perkara berkaitan bilangan hadith dan juga kandungan (kualiti) hadith tersebut. Namun apa yang jelas ini merupakan hadith palsu yang paling buruk dan jauh menyimpang daripada kebenaran. Tidaklah perlu ia diberikan perhatian sama sekali namun pada hakikatnya kedua-dua orang tokoh hadith besar telah memasukkannya sebagai hadith yang sahih dengan senang hati, begitu jelas sekali berdasarkan kepada pegangan mereka yang menganggap baik tentang sahabat secara keseluruhan walaupun dengan melakukan demikian, mereka jelas sekali berlawanan dengan logic dan bahkan keadilan itu sendiri. Terdapat beberapa perkara pokok untuk menggolongkan hadith itu sebagai hadith palsu:

            Pertama: Abu Hurairah mengandaikan bahawa jual dan beli di pasar menjauhkan golongan Muhajirin daripada Nabi (s.‘a.w) sementara penglibatan golongan Ansar pula dalam urusan hartabenda mereka menjadikan mereka berada dalam keadaan seperti itu juga. Namun demikian, apakah pula nilai pendapat ini di hadapan ayat al-Qur’an yang cukup jelas dan ketara ini yang menyebutkan:

“Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jualbeli daripada mengingati Allah.”[136]

Malang sekali kenyataan yang sengaja diada-adakan bahawa Abu Hurairah mengatakan dia biasanya tetap bersama-sama di sisi Nabi (s.‘a.w) ketika ketua dan pemimpin lain tidak hadir, dan dia mengatakan demikian tanpa sedikit pun penyesalan atau sanggahan kerana pastinya, dia melakukannya pada zaman Mu‘awiyah ketika pada masa itu, ‘Umar, ‘Uthman, ‘Ali (‘a.s), Talhah, Zubair, Salman, ‘Ammar, Miqdad, Abu Dhar dan lain-lain dari kalangan kelompok tersebut telah tidak ada lagi. Sememangnya dia telah mengatakan sesuatu yang besar. Alangkah jauhnya persoalan tersebut daripada reality? Orang ramai sudah sedia mengetahui perhubungan di antara kedudukan ‘Ali (‘a.s)  dengan Nabi (s.‘a.w) iaitu hubungan darahnya, keluarbiasaannya, sentiasa bersama-sama dengan Nabi (s.‘a.w) dalam ketenteraan semenjak masih kanak-kanak, Nabi (s.‘a.w) mendakapkannya ke dadanya, menempatkannya di tempat tidurnya agar menyentuhi tubuhnya supaya ‘Ali (‘a.s) dapat menciumi bauan kenabiannya, dan Nabi (s.‘a.w) biasanya mengunyahkan sesuatu lalu memberi ‘Ali (‘a.s) makan. Justeru, tidak ditemui sebarang bentuk pendustaan dalam kata-katanya atau kekurangan dalam perbuatannya. Allah juga telah menempatkan ‘Ali (‘a.s) dari segi akhlak dan budi pekerti yang hampir sama dengan Nabi (s.‘a.w), sementara ‘Ali (‘a.s) pula biasanya mengikuti Nabi (s.‘a.w) seperti seekor anak unta mengikuti langkah ibunya. Nabi (s.‘a.w) pada setiap hari mengangkat kedudukannya semakin lama semakin tinggi dalam ilmu dan akhlak, dengan memerintahkannya mengikuti jejak langkahnya. Pada masa-masa tersebut, hanya terdapat dua orang sahaja iaitu ‘Ali (‘a.s) dan Umm al-Mu’minin Khadijah sentiasa berada bersama-sama dengan Rasulullah (s.‘a.w). Justeru itu, ‘Ali (‘a.s) menyaksikan cahaya wahyu  dan menciumi haruman kenabian baginda. Sebagai tambahan kepada keistimewaan-keistimewaan tersebut, beliau juga merupakan pintu ilmu Rasulullah (s.‘a.w), pemberi hukum yang terbaik di kalangan manusia muslim, penyimpan rahsia Rasulullah (s.‘a.w), pewaris kekuasaan baginda, pengganti kepimpinan baginda, pengelak segala kebimbangan Nabi (s.‘a.w), pemilik pendengaran yang sentiasa sedar, pemilik khazanah ilmu dalam kitab Allah. Adakah mungkin orang yang mempunyai keperibadian seperti ini  melupakan sebarang perbuatan atau perkataan Rasulullah (s.‘a.w.)  yang dikatakan dipelihara oleh Abu Hurairah dalam ingatannya, ataupun beliau menyembunyikan segala sesuatu sedankan Abu Hurairah pula mendedahkannya. Sesungguhnya ini merupakan tuduhan yang amat berat.

Lanjutan dari itu juga, di kalangan golongan Muhajirin, hanya terdapat sedikit sahaja bilangan orang yang melibatkan diri dalam jualbeli di pasar. Sebagai contoh, mereka ialah Abu Dhar, Miqdad, ‘Ammar dan 70 orang ahli Suffah yang merupakan sahabat Abu Hurairah dan seperti yang telah disebutkannya, tidak pernah memiliki sehelai kain pun pada diri mereka sedangkan dia sendiri memiliki kedua-duanya, kain cawat dan juga selimut. Bagaimana mungkin dapat diterima akal kebanyakan mereka tidak meriwayatkan hadith-hadith sampai ke tahap seperti Abu Hurairah lakukan atau sampai ke tahap keterlaluan sama seperti yang dilakukan Abu Hurairah. Sebenarnya, jumlah keseluruhan hadith mereka jauh lebih sedikit berbanding hadith-hadith yang secara khusus diriwayatkan Abu Hurairah seorang diri.

Keadaan yang sama juga berlaku kepada golongan Ansar. Kebanyakan mereka bukanlah orang berada dan berharta, seperti Abu Hurairah andaikan itu. Di kalangan mereka ada yang langsung tidak memiliki apa-apa seperti Salman al-Farisi yang dikatakan oleh Rasulullah (s.‘a.w): “Salman ialah daripada kami, Ahl al-Bait,” dan telah dicatatkan mengenainya dalam kitab al-Isti‘ab, bahawa Nabi (s.‘a.w) bersabda: “Sekiranya agama itu berada di bintang Surayya, Salman akan dapat mencapainya.” Sementara itu sekali lagi dalam kitab al-Isti‘ab, ‘A’isyah mengatakan sesuatu mengenainya: “Pada suatu malam Nabi (s.‘a.w) mengizinkan Salman seorang diri mendengarnya sedemikian lama hingga dibimbangi dia mungkin mengatasi yang lain.” Selanjutnya, menurut kitab al-Isti‘ab lagi, ‘Ali (‘a.s) mengatakan sesuatu mengenai dirinya: “ Pasti, Salman seumpama Luqman al-Hakim kerana dia memiliki keilmuan masa silam dan masa depan. Dia merupakan lautan ilmu yang tidak pernah ketandusan.” Berhubung dengan dirinya juga, Ka‘b al-Ahbar mengatakan seperti yang dicatatkan dalam kitab al-Isti‘ab: “ Salman penuh dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan…..” dan orang ramai sudah sedia mengetahui bahawa Abu Ayyub al-Ansari tidak memiliki sebarang harta duniawi, kecuali sepasang selipar, untuk menjauhkannya daripada ilmu atau perbuatan-perbuatan yang saleh. Kedudukan yang sama  terdapat pada diri Abu Sa‘id al-Khudri, Abu Fadl al-Ansari dan tokoh-tokoh lain seumpama mereka yang kesemuanya di kenali termasuk di kalangan tokoh ilmuan dan pemimpin golongan Ansar.

            Perlu juga diingat bahawa masa Nabi (s.‘a.w) bukanlah dihabiskan begitu sahaja, tetapi setiap masa baginda, sama ada siang atau malam diperuntukkan untuk perkara-perkara tertentu dengan teratur. Oleh itu, untuk tujuan menyampaikan ilmu baginda telah tetapkan masa tertentu yang tidak bertembung dengan urusan berjualbeli di pasar ataupun masa-masa melibatkan urusan hartabenda. Dengan demikian, golongan Muhajirin dan juga Ansar tidak pernah menggagalkan diri untuk hadir pada masa itu kerana mereka benar-benar memerlukan ilmu bukan seperti yang dibayangkan oleh orang-orang yang berfikiran cetek.

            Kedua, sekiranya Nabi (s.‘a.w) mengatakan sesuatu kepada para sahabatnya bahawa sesiapa yang membentangkan kain mereka sehingga selesai kata-kataku dan sebagainya …. Adalah benar, sebagaimana yang ditunjukkan oleh Abu Hurairah, sudah tentulah mereka akan melompat ke atasnya dengan penuh semangat, kerana penghormatan tidak boleh diperolehi semata-mata dengan melakukan perjalanan atau ilmu boleh dijamin hanya dengan menghabiskan wang. Lebih dari itu, apakah yang ada di sana untuk menghalangi  mereka daripada mencapainya atau menghentikan mereka daripada membentangkan kain mereka untuk mengejarnya?  Kenapakah mereka mengelakkan diri daripada melakukan demikian kerana ia samalah seperti menjauhkan diri daripada mencari ilmu dan menyembunyikan sesuatu  yang Nabi (s.‘a.w) mengajak mereka kepadanya. Sudah pasti, ia bukanlah demikian dan kita tidak dapat fikirkan demikian mengenai mereka, khususnya kerana mereka semua memang bersemangat mengikuti perintah Rasulullah (s.‘a.w)  dan mengejar apa sahaja yang baginda seru kepadanya.

            Ketiga,  sekiranya riwayat Abu Hurairah itu memang benar, para sahabat sewajarnya bertaubat dan menyesal dengan begitu sekali kerana mencuaikan diri untuk mencapai kemuliaan yang sangat besar dan memperolehi ilmu yang begitu banyak. Kekecewaan mereka akan berpanjangan kerana kegagalan membentangkan kain mereka kepada Nabi (s.‘a.w)   walaupun tiada masalah atau usaha diperlukan untuk melakukannya. Sebenarnya mereka sudah sepatutnya mempersalahkan satu sama lain dan meletakkan kesalahan kepada satu sama lain kerana memilih untuk tidak melakukannya. Pada masa yang sama, mereka sepatutnya merasa cemburu terhadap Abu Hurairah kerana kejayaannya mengatasi mereka biarpun sebenarnya dia hanya mempunyai sehelai kain sahaja sementara tiada seorang pun di kalangan mereka yang memiliki dua helai kain atau lebih. Oleh kerana kita tidak pernah bertembung dengan sesuatu seperti itu, ia menunjukkan dengan jelas bahawa seluruh cerita atau riwayat ini merupakan cerita rekaan Abu Hurairah.

            Keempat,  sekiranya benar apa yang diceritakan oleh Abu Hurairah, orang lain yang Nabi (s.‘a.w) turut sampaikan kata-kata baginda dalam kejadian membentangkan kain mereka itu harus turut menyampaikan riwayat tersebut. Sebenarnya mereka patut menganggap cerita itu sebagai salah satu tanda kenabian, lambing kemuliaan Islam dan bukti yang menyokong agama itu. Cerita atau riwayat mengenainya tentulah tetap berlanjutan dan mereka pasti menjadikannya terang benderang seumpama matahari di siang hari. Oleh kerana perkara itu tidak pernah wujud, kita hanya dapat menganggapkannya sebagai rekaan Abu Hurairah.

            Kelima, terdapat kepelbagaian dalam riwayat tentang kejadian ini oleh Abu Hurairah sendiri. Menurut keterangan A‘raj yang kelihatan dalam Sahih al-Bukhari,[137] Abu Hurairah meriwayatkan bahawa  Nabi (s.‘a.w) bersabda pada suatu hari kepada para sahabat baginda: “ Tidak wajar bagi setiap seorang daripada kamu membentangkan kainnya sehingga kata-kataku ini berakhir dan kemudian membungkuskanya ke arah dadanya agar dia tidak lupa sesuatu daripada kata-kataku itu.” Justeru, aku membentangkan kain bercorakku kerana aku tidak mempunyai kain yang lain selain darinya sehingga Nabi (s.‘a.w) mengakhiri kata-kata baginda dan aku membungkuskannya ke dadaku. Demi Dia yang mengutuskannya dengan kebenaran, sampai ke hari ini aku tidak lupa sesuatu daripada kata-kata baginda itu.

            Di tempat yang lain pula seperti dicatatkan oleh al-Maqbari, dia meriwayatkannya seperti berikut:  Aku berkata, wahai Rasulullah (s.‘a.w), aku mendengar sebuah hadith daripadamu dan aku terlupa mengenainya.” Kata baginda: “Bentangkan kain selimutmu.” Kemudian dia gerakkan tangan di atasnya, lalu berkata: “Bungkuskanlah.” Aku membungkuskannya, dan  selepas dari itu aku tidak lagi terlupa.

            Kini, menurut bentuk riwayat yang diberitahu oleh A‘raj, perkara itu berlaku di antara Nabi (s.‘a.w) dan para sahabatnya menunjukkan bahawa Nabi (s.‘a.w) memanggil semua sahabat agar membentangkan pakaian mereka sebagai suatu pemahaman tentang sifat terlupa mereka, sedangkan dalam bentuk riwayat yang lain dicatatkan menerusi al-Maqbari, perkara itu berlaku di antara Abu Hurairah sebagai seorang darinya dan Nabi (s.‘a.w) menunjukkan bahawa Abu Hurairah mengadu kepada Nabi (s.‘a.w) tentang sifat pelupanya. Selanjutnya, bentuk  riwayat yang lain menerusi A‘raj merujuk kepada tidak melupakan ucapan kata-kata Nabi (s.‘a.w) manakala bentuk riwayat yang dicatatkan menerusi al-Maqbari merujuk kepada bebas daripada sifat pelupa secara umumnya, iaitu setiap perkara sama ada ia merupakan hadith atau sesuatu yang lain.

            Masih ada satu lagi bentuk riwayat hadith ini. Muslim telah menceritakan dalam Sahihnya,[138] daripada Ibn Musayyab di mana Abu Hurairah dikatakan telah mengatakan: “ Selepas hari itu aku tidak lagi terlupa sesuatu yang Nabi (s.‘a.w) ceritakan kepadaku.” Bentuk riwayat ini menerangkan keadaan lebih bebas daripada sifat pelupa berbanding dengan bentuk riwayat menerusi A‘raj tetapi lebih kurang sedikit berbanding dengan al-Maqbari.

            Kemudian terdapat bentuk riwayat Ibn Sa‘d dalam kitabnya, Tabaqat[139] bersumberkan Amr bin Mardas bin ‘Abd al-Rahman al-Jundi menunjukkan bahawa Abu Hurairah berkata: Nabi (s.‘a.w) berkata kepadaku, “bentangkanlah pakaianmu.” Lalu aku membentangkannya. Kemudian baginda menceritakan kepadaku sepanjang hari. Kemudian aku membungkuskan pakaianku ke arah dadaku and aku tidak lagi terlupa sesuatu daripada kata-kata baginda. Di sini adalah wajar diperlihatkan bahawa kata-kata “baginda menceritakan sepanjang hari” kelihatan hanya dalam bentuk riwayat ini dan tidak ada dalam riwayat-riwayat yang lain.

            Kitab al-Isabah oleh Ibn hajar mengandungi suatu lagi bentuk riwayat hadith bersama dengan yang lain dan menunjukkan bahawa Abu Hurairah pergi menemui Nabi (s.‘a.w) sewaktu baginda sakit. Lalu dia memberikan salam kepadanya ketika dia sedang berdiri dan Nabi (s.‘a.w) bersandar ke dada ‘Ali (‘a.s) manakala tangan ‘Ali (‘a.s) di dada Rasulullah (s.‘a.w) mengurut-urutkannya. Kaki Nabi (s.‘a.w) diluruskan. Nabi (s.‘a.w)  berkata: “Datang ke mari, wahai Abu Hurairah.” Dia pergi lebih dekat. Kata baginda: “Datanglah lebih hampir, wahai Abu Hurairah.” Dia datang lebih dekat. Baginda sekali lagi berkata: “Dekatlah lagi wahai Abu Hurairah.” Dia pun mendekatkan diri lebih hampir sehingga jarinya mencecah jari Nabi (s.‘a.w). Kemudian baginda berkata: “Duduklah.” Lalu dia pun duduk. Kemudian baginda berkata: “Letakkanlah pakaianmu di sebelah berdekatan denganku.” Abu Hurairah memegang pakaiannya, membukanya dan membentangkannya dekat Nabi (s.‘a.w). Nabi (s.‘a.w) kemudian berkata kepadanya: “Haruskah aku memberitahumu cara bertindak yang kamu tidak patut tinggalkan selama hayatmu.” Katanya: “Silalah beritahu.” Kemudian baginda berkata: “ Kamu hendaklah mandi pada hari Jumaat dan hendaklah melakukannya pada awal pagi dan tidak melibatkan diri dalam perkara-perkara yang sia-sia., dan aku nasihatkan kepadamu berpuasa selama 3 hari setiap bulan kerana ia seolah-olah seperti berpuasa selama sepanjang tahun. Dan aku nasihatkanmu mendirikan dua raka‘at salat subuh, tidak sekali-kali meninggalkannya, walaupun kamu mendirikan salat sepanjang malam, kerana salat dua raka‘at itu mengandungi banyak keistimewaan. Nabi (s.‘a.w) mengulanginya sebanyak 3 kali, kemudian baginda berkata: “Bungkuslah pakaianmu.” Lalu aku membungkusnya ke dadaku.

            Menurut Abu Hurairah seperti dipetik oleh Ibn Hajar dalam kitabnya, al-Isabah,[140]
Abu Ya‘la turut menceritakan menerusi al-Walid bin Jami‘ bahawa Abu Hurairah meriwayatkan: Aku mengadu kepada Nabi (s.‘a.w) mengenai kelemahan ingatanku sewaktu baginda berkata: “Bukalah kain selimutmu.” Kemudian dia membukanya sambil berkata: “Sekarang gulungkanlah ia ke dadamu.” Aku lalu menggulungkannya. Selepas dari itu, aku tidak pernah lupa mana-mana hadith.
            Sekali lagi, menurut Ibn Hajar dalam al-Isabahnya, Abu Ya‘la seterusnya menceritakan menerusi Yunus bin ‘Ubaid daripada Hasan al-basri daripada Abu Hurairah yang meriwayatkan bahawa Nabi (s.‘a.w)  bersabda: “Sesiapa yang mengambil daripadaku suatu ayat, dua ayat atau tiga daripadanya agar mengikat mereka dan menyebarkannya.” Justeru, aku membentangkan kain selimutku di hadapan baginda sementara aku bercakap. Seterusnya aku menggulungkannya. Aku harap aku tidak melupakan sesuatu daripada kata-kata baginda.

            Imam Ahmad juga turut meriwayatkan bentuk hadith ini.

            Abu Nu‘aim juga dalam kitabnya, Hilyat al-Awliya’,[141] diceritakan daripada ‘Abdullah bin Abi Yahya daripada Sa‘id bin Abi Hind daripada Abu Hurairah yang meriwayatkan bahawa Nabi (s.‘a.w) bersabda: “Wahai Abu Hurairah, tidak mahukan engkau menanyakanku perkara-perkara penting di bahuku dan berharga yang rakan-rakanmu tanyakan. Aku berkata: “Aku mohon kepadamu supaya mengajarkan kami apa yang Allah telah memberitahumu.” Kemudian aku mengeluarkan pakaian berwarna di belakangku dan membentangkannya di antara diriku dan dirinya. Ia seperti aku masih melihat Kemudian Nabi (s.‘a.w) menceritakan kepadaku sedangkan aku mendengarnya dengan penuh perhatian. Kemudian baginda menyuruhku mengambil balik pakaian dan menggulungkannya ke arah diriku. Sebagai kesudahannya, aku tidak pernah terlupa lagi suatu patah perkataan daripada apa yang disampaikan kepadaku.

            Kini, sesiapa yang mengkaji hadith ini dalam segala bentuknya sebagai diriwayatkan menerusi pelbagai rangkaian perawinya, dia akan mendapati perbezaan dalam perkataan dan juga dari segi logik dengan setiap sumber perawi dan melihat bahawa tiada perkataan mahupun logik membawanya kepada satu matlamat bahkan ia tidak juga menuju ke arah yang sama kerana setiap satu daripadanya bercanggah di antara satu sama lain. Oleh yang demikian, hadith ini dengan jelas bukanlah hadith yang sahih.

            Keenam, Abu Hurairah berkata: Lalu aku membentangkan pakaian bercorakku itu, kerana aku tidak ada pakaian yang lain. Ini bermaksud bahawa dia berkeadaan telanjang. Kedudukan ini sudah tentu tidak dapat diterima. Untuk menyelesaikan kedudukan ini, al-Qastalani dan Zakariyya al-Ansari dalam syarah-syarah mereka cuba mentafsirkannya dengan maksud dia membentangkan sebahagian sahaja daripada pakaian itu. Bagaimanapun, ini tidak dapat disokong oleh kata-kata Abu Hurairah sendiri.

            Ketujuh, dalam kandungan hadith itu sendiri cerita yang digambarkan dalam hadith yang sedang dibincangkan menunjukkan cerita dongeng pada umumnya direka oleh seseorang yang tidak berilmu tinggi dan ia tidaklah sama sekali berbeza daripada ciptaan para penjahat. Dalam mana-mana keadaan, ia sama sekali tidak boleh diambil kira sebagai mu‘jizat Rasulullah (s.‘a.w).

59. Beberapa mu‘jizat Nabi (s.‘a.w) yang menakjubkan

            Mu‘jizat Nabi (s.‘a.w) yang hakiki membingungkan bukan sahaja orang yang bijaksana dengan cahaya kebenarannya dan mengalahkan para penzalim yang besar di bumi ini dengan kecemerlangan sifat tabi‘inya dan penerimaan kejadian itu hingga menyebabkan mereka menundukkan kepala mereka dalam keadaan mengaku kalah dan mengakui kebesarannya.

            Di sini ada beberapa contoh mu‘jizat:

(1) Ketika Nabi (s.‘a.w) mengutuskan ‘Ali (‘a.s) ke Yaman, baginda menepuk dada ‘Ali (‘a.s) dengan tangan baginda sambil berkata: “ Ya Allah, berilah petunjuk kepada hatinya dan perkukuhkan lidahnya.” ‘Ali (‘a.s) telah menceritakan bahawa selepas itu beliau tidak teragak-agak membuat keputusan di antara dua kumpulan.[142]

(2) Ketika Allah mewahyukan ayat: “agar diperhatikan oleh telinga yang mendengar,”[143] Nabi (s.‘a.w) mengatakan kepada ‘Ali (‘a.s): “Aku memohon Allah menjadikannya pada telingamu.” ‘Ali (‘a.s)  telah menceritakan bahawa selepas itu beliau tidak lagi terlupa segala sesuatu dan bagaimana dapat beliau lupa?[144]

(3) Pada peristiwa Khaybar, ‘Ali (‘a.s) memegang panji-panji, Nabi (s.‘a.w) berkata: “Ya Allah, perkuatkanlah dia terhadap kepanasan mahupun kesejukan.” ‘Ali (‘a.s) berkata: “Selepas dari itu, keadaan panas ataupun sejuk tidak lagi memberikan masalah kepadaku.” Pada hakikatnya, selepas itu ‘Ali (‘a.s) biasanya keluar pada musim sejuk dengan dua helai pakaian, sehelai kain dan selimut manakala pada musim panas pula dengan baju panjang luar yang agak tebal, memperlihatkan kebenaran mu‘jizat Nabi (s.‘a.w) dan meninggalkan kesan yang berkekalan. Keterangan ini diberikan oleh Imam Ahmad ibn Hanbal dalam kitab Musnadnya, juga oleh Ibn Abi Syaibah, Ibn Jarir dan lain-lain dan diakui benar dalam kitab Muntakhab Kanz al-‘Ummal pada bahagian tepi kitab Musnad oleh Imam Ahmad ibn Hanbal.[145] 

(4) Ketika Jabir mengadu kepada Nabi (s.‘a.w) mengenai hutang bapanya, dia pergi bersama-sama dengannya ke kawasan pembantingannya dan berpusing mengelilinginya sambil berdoa mengharapkan kemurahan di dalamnya. Kemudian dia  duduk di sana dan para pemiutang juga turut datang ke sana. Baginda membayar semua hutang kepada mereka sementara bakinya masih ada untuk Jabir dalam jumlah yang sama dengan apa yang mereka kutip itu.

(5) Apabila Rasulullah (s.‘a.w) berkehendakkan kebaikan kepada seseorang, baginda akan berdoa untuknya, dan sekiranya berkehendakkan keburukan baginda akan memohon keburukan untuknya sebagaimana baginda lakukan terhadap Mu‘awiyah ketika baginda bersabda: “Allah tidak akan memenuhkan perutnya, atau sebagaimana baginda lakukan terhadap Hakam bin Abi al-‘As.

            Dalam mana-mana keadaan, kita tidak dapati mana-mana perbuatan Nabi (s.‘a.w) seperti yang pernah dilaporkan oleh Abu Hurairah yang terlalu jauh daripada kebijaksanaan baginda yang begitu terserlah yang daripadanya, mata orang yang sesat turut memperolehi cahaya, dan darinya mercu ketinggian petunjuk biasanya muncul, seperti menyelesaikan kesukaran yang membingungkan dan menyimpangkan diri menerusi lorong-lorong kegelapan dan kejahilan.   

60. Sekilas pandang tentang kebaikan Abu Hurairah

            Kami telah meneliti semua kitab hadith yang mu‘tabar untuk mencari kemuliaan Abu Hurairah sekiranya ada diriwayatkan oleh Nabi (s.‘a.w), tetapi malangnya kami tidak menemui sesuatu kecuali Abu Hurairah sendiri sebagaimana dapat dilihat dengan jelas daripada contoh berikut.
            Pengarang kitab al-Isti‘ab mengatakan sesuatu mengenainya: Abu Hurairah menganuti Islam pada tahun berlakunya Perang Khaybar, mengambil bahagian dalam perang itu bersama-sama Nabi (s.‘a.w) dan kemudian merapatkan diri selamanya dengan Rasulullah (s.‘a.w) bukannya kerana cintakan ilmu, sekadar berpuashati hanya untuk mengisi perutnya. Justeru, tangannya biasanya berada pada tangan Rasulullah (s.‘a.w) dan dia biasanya pergi bersama baginda ke mana sahaja baginda pergi. Dia merupakan orang yang paling kuat ingatan di kalangan semua sahabat Nabi (s.‘a.w). Dia hadir mendengar Nabi (s.‘a.w) kerana tiada orang lain di kalangan semua Muhajirin dan Ansar hadir, kerana golongan Muhajirin sibuk dalam mengejar perniagaan sedangkan golongan Ansar pula melibatkan diri dalam perniagaan harian. Nabi (s.‘a.w) sendiri menyaksikan bahawa dia mengingini ilmu dan hadith seperti dikatakannya kepada baginda: “Wahai Rasulullah (s.‘a.w) Aku telah mendengar banyak hadith daripadamu dan aku bimbang mungkin aku lupa.” Nabi (s.‘a.w) berkata kepadanya: “Bentangkanlah pakaianmu.” Aku lalu membentangkannya dan Nabi (s.‘a.w)  menggerakkan tangan baginda ke atasnya dan kemudian berkata: “Gulungkanlah ia.” Selepas itu, aku tidak lupa segala sesuatu.

            Kelebihan-kelebihan ini dan yang lain-lain sepertinya  merupakan kandungan (teks) hadith-hadith yang Abu Hurairah sendiri ceritakan dan kita tidak pula dapat mencari mana-mana autoriti untuknya kecuali dirinya sendiri. Perkara yang sama juga membabitkan semua aspek yang diceritakan daripadanya sebagaimana kebanyakan ulama sudah pun sedia maklum.

            Marilah kita menganalisis kenyataan tersebut. Oleh kerana Abu Hurairah menganuti Islam dalam tahun berlakunya Perang Khaybar,  ia dibuktikan menerusi riwayat-riwayat selain daripada dirinya sendiri, namun begitu sama ada Abu Hurairah mengambil bahagian dalam peperangan tersebut bersama-sama dengan Rasulullah (s.‘a.w) , kami tidak pula temuinya diriwayatkan oleh mana-mana orang yang lain selain daripada Abu Hurairah sahaja, dan para cendikiawan dan ilmuan yang telah menjelaskan dakwaannya yang mengakui kehadirannya dalam peperangan itu dengan cara yang berbeza-beza.

            Dalam persoalan dia mendekatkan diri kepada Nabi (s.‘a.w) dan terus berada di situ bukannya kerana cintakan pengetahuan dan merasa puas dengan hanya mengisi perutnya dan tangannya dalam genggaman tangan Nabi (s.‘a.w), oleh yang demikian dia akan pergi ke mana sahaja Nabi (s.‘a.w) pergi, inilah perkara yang Abu Hurairah dakwakan tetapi pemberatan untuk membuktikan kesahihannya tergantung kepadanya. Dalam hubungan ini, dia berkata: “Aku datang ke Madinah sementara Nabi (s.‘a.w) pula di Khaybar, dan pada masa itu aku berusia lebih 30 tahun. Justeru aku tinggal dengannya sehingga baginda wafat. Biasanya aku bergilir-gilir dengannya dalam rumah isteri-isterinya. Aku bekerja sebagai orang suruhannya, aku berperang  dalam peperangan bersama dengannya dan melakukan haji dengannya. Aku mengatasi semua manusia dalam ilmu mengenai hadith-hadithnya. Demi Allah, terdapat orang yang bersama dengannya lebih awal berbanding denganku, tetapi setelah mengetahui keakrabanku dengannya biasanya mereka menanyakanku tentang hadith-hadithnya. Mereka termasuklah ‘Umar, ‘Uthman, ‘Ali (‘a.s), Talhah, Zubair ……” dan lain-lain.

            Sikap Abu Hurairah yang tidak sedikit pun merasa malu meriwayatkan hadith seperti itu benar-benar memeranjatkan, kerana ia jelas sekali berlawanan dengan kenyataan dan jauh sekali daripada kebenaran, tetapi bagi mereka yang benar-benar mengetahui fakta tersebut akan mengetahui bahawa dia tidak meriwayatkan hadith itu pada zaman para sahabat terdahulu, ulama dan anggota-anggota masyarakat yang penting. Hanya selepas kematian hampir semua sahabat itu dan penaklukan bumi yang lain seperti Syria, ‘Iraq, Mesir, Afrika dan Iran ketika sebilangan besar sahabat berkurangan sementara bilangan orang muslim di kawasan yang dikuasai bertambah dan mereka tidak pernah mengetahui sesuatu pada zaman Nabi (s.‘a.w), lalu Abu Hurairah memberanikan diri dengan mulai meriwayatkan hadith. Cara ini sebenarnya merupakan masa ketika kebanyakan pendusta mendapati diri mereka berada bersama di alam yang baru di mana hanya beberapa orang sahaja mengetahui kedudukan pada zaman awal Islam. Mereka mendapati orang ramai di persekitaran yang baru hanya bersetuju sahaja dengan mereka dan menerima sebagai suatu ibadat apa sahaja yang mereka dengar daripada mereka. Ini adalah kerana pada pandangan kumpulan baru ini, para pendusta tersebut mewakili kumpulan terakhir dari kalangan sahabat besar Nabi (s.‘a.w) yang dikatakan pemelihara segala perbuatan dan pemegang amanah perutusan baginda (s.‘a.w) yang baik, yang kerana itu bertanggungjawab kepada penyebarannya. Pada masa yang sama, pemerintahan Bani Umaiyyah mengabadikan segala usaha untuk menyokong mereka dan dalam keadaan inilah ia menggalakkan mereka untuk menceritakan segala bentuk hadith yang salah dan tidak dapat dibuktikan, walaupun hadith itu mungkin bercanggah dengan hukum-hakam Islam atau tidak dapat diterima akal, ataupun penuh dengan kekejian atau pendustaan, kerana ia bersesuaian dengan tujuan dan perintah dalam polisi mereka yang zalim kerana mereka menjadikan agama Allah sebagai dalih atau helah, menganggap semua makhluk Allah sebagai pengikut setia mereka manakala harta Allah sebagai hak milik mereka. Dengan cara ini, kumpulan pendusta ini memberikan khidmat sebagai alat pemerintah jahat dan zalim ini. Di pihak mereka  pula, para pemerintah tersebut menaungi dan dan membantu mereka dengan  menggunakan pelbagai cara menerusi kekuasaan mereka yang zalim itu secara berleluasa. Ini kerana para pendusta tersebut terbukti menjadi anggota yang berkhidmat kepada mereka, iaitu sebagai lidah kepada tuntutan mereka dan mata kepada semua perancangan mereka yang dapat dilihat. Jelaslah bahawa orang-orang seperti inilah yang dikatakan oleh al-Qur’an sebagai:

“Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis al-Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya: “Ini daripada Allah.”[146]   

            Demi Allah, seseorang yang memberikan perhatian secara serius akan merasa hairan tokoh-tokoh hadith yang terkemuka seperti al-Bukhari, Muslim, Ahmad ibn Hanbal dan lain-lain dalam kelompok yang sama, yang menggunakan akal fikiran untuk mengkaji tetapi kemudian tunduk akur seperti orang-orang yang bisu dan bebal berhadapan dengan apa yang Abu Hurairah  dan lain-lain yang seumpama mereka inginkan. Terlalu banyak persoalan menjelma dalam benak fikiran di sini. Contohnya, adakah mereka mempunyai keberanian untuk mengetahui bila ‘Ali (‘a.s), ‘Umar, ‘Uthman, Talhah, Zubair dan lain-lain dari kalangan tokoh-tokoh terdahulu pernah bertanya sesuatu kepadanya? Adakah persoalan yang mereka tanyakannya pada masa jaga, tidur atau dalam keadaan khayal? Apakah pula hadith yang mereka tanyakan? Siapakah lagi selain daripada Abu Hurairah telah meriwayatkan perkara tersebut mengenai mereka? Pengarang kitab terkemuka manakah telah menyebutkan nama salah seorang daripada mereka yang meriwayatkan daripada Abu Hurairah walaupun sebuah hadith sekalipun? Bilakah pula mereka bergantung kepada riwayatnya?

            Kenyataannya adalah bahawa kami tidak pernah mendapatinya meriwayatkan (hadith) semasa mereka masih ada, atau dia berani menyampaikan riwayat di hadapan mereka. Di satu pihak lagi, mereka biasanya merendah-rendahkan kedudukannya dan seringkali pula mendustakannya sebagaimana yang telah dibicarakan dengan panjang lebar dalam halaman-halaman terdahulu.  

            Marilah kita terus menganalisis petikan daripada kitab al-Isti‘ab. Berkenaan dengan kenyataannya bahawa Abu Hurairah  merupakan tokoh yang paling kuat hafalan di kalangan semua sahabat Nabi (s.‘a.w), ia hanya diambil daripada hadithnya yang terdahulu: “ Aku merupakan orang yang paling mengetahui hadith dari sekalian orang.” Berhubung mengenai keterangan, “ dia hadir  mendengar Nabi (s.‘a.w) kerana tiada seorang pun dari kalangan golongan Muhajirin dan Ansar menghadirkan diri…” ia diambil daripada riwayat yang dia kemukakan mengenai pembentangan kainnya dan persoalan tersebut telahpun dibincangkan dengan panjang lebar untuk menunjukkan kepalsuannya.

            Berkenaan dengan kenyataannya bahawa Nabi (s.‘a.w) sendiri menyaksikan bahawa dia suka akan ilmu dan hadith adalah diambil daripada keterangan Abu Hurairah sendiri: Aku kata, Wahai Rasulullah (s.‘a.w), siapakah orang yang bernasib baik diberikan syafa‘atmu? Baginda membalas: “ Ketika aku memperhatikan keinginanmu kepada hadith, aku fikir tidak ada orang lain kecuali engkau berada dalam kedudukan yang baik untuk menanyakan soalan ini.” Ia telah diceritakan oleh al-Bukhari dalam kitab Sahihnya menerusi al-Maqbari daripada Abu Hurairah. Ibn Hajar turut memasukkannya ke dalam kitabnya, al-Isabah merujuk kepada Abu Hurairah. Turut sama diceritakan dalam kitab yang sama bahawa Abu Hurairah biasanya berkata: “Aku tetap berada bersama Nabi (s.‘a.w)  selama 3 tahun ketika tiada seorang pun kecuali aku yang amat suka akan hadith-hadith daripada baginda.”

            Sebagaimana yang telah diperlihatkan dalam halaman-halaman terdahulu, keistimewaan-keistimewaan yang didakwanya itu termasuklah seperti berikut:

§  Bekas bekal (Mizwad) yang daripadanya seramai lebih daripada 200 orang dapat makan.
§  Hambanya yang dibebaskan atas nama Allah.
§  Dua buah bekas ilmunya, salah satunya dia bukakan manakala yang kedua dia tidak bukakannya.
§  Doa Nabi (s.‘a.w) untuknya dan untuk ibunya.
§  Dia berjalan di atas air sehingga melintasi seluruh teluk tanpa dibasahi air walaupun sebelah kaki.

Dilihat dari analisis setiap daripada keistimewaan tersebut yang dikemukakan dalam halaman-halaman sebelumnya, seseorang sudah tentu akan ketawa dan menangis pada masa yang sama. Dalam keadaan yang amat menyedihkan ini kita hanya dapat mengucapkan ayat al-Qur’an berikut:

Inna li-Llah wa inna ilaihi raji‘un (Daripada Allah kita datang kepada Allah pula kita kembali).”

61. Beberapa perkara baru tentang Abu Hurairah

(1) Imam Ahmad ibn Hanbal dalam Musnadnya[147], sebuah riwayat Abu Hurairah  menerusi Muhammad bin Ziad yang berkata: Ketika Marwan menjadi gabenor di Madinah dalam zaman kekuasaan Mu‘awiyah, biasanya dia melantik Abu Hurairah menjalankan kewajibannya. Kemudian Abu Hurairah biasanya menghentakkan kakinya dan melaungkan: “Sila beri laluan, sila beri laluan, gabenor datang, gabenor datang.”

(2) Ibn Qutaibah al-Daynawari telah menceritakan dalam kitabnya, al-Ma‘arif[148] mengenai Abu Hurairah daripada Abu Raf‘i yang berkata: Marwan menlantik Abu Hurairah melaksanakan kewajibannya sebagai gabenor di Madinah. Dia kemudian akan  menunggang kaldai dengan meletakkan pelana keras dan menutup kepalanya dengan pelepah tamar. Sekiranya dia berjumpa seseorang, dia akan berkata: “Tolong beri jalan, gabenor datang.” Kadang-kala dia melintasi kanak-kanak yang sedang bermain permainan gagak pada waktu malam. Mereka tidak dapat melihat sesuatu sehinggalah dia berada di khalayak mereka. Kemudian dia akan menghentakkan kakinya. Diceritakan juga oleh Ibn Sa‘d  dalam kitab Tabaqat,[149] mengenai Abu Hurairah daripada beberapa sumber.

(3) Abu Nu‘aim menceritakan dalam kitabnya, Hilyat al-Awliya’,[150] mengenai Abu Hurairah dengan sumbernya sampai kepada Tha‘labah bin Abi Malik al-Qarzi yang menceritakan: Abu Hurairah muncul di pasar membawa seikat kayu yang dijunjung di atas kepalanya sedangkan pada masa itu dia sedangkan menjalankan kewajiban sebagai pengganti Marwan, lalu dia melaungkan: “berilah laluan untuk gabenor, wahai Ibn Abi Malik.” Aku berkata kepadanya: “Ini dah cukup untukmu.” Dia berkata sekali lagi: “berilah laluan kepada gabenor,” dan ikatan kayu itu berada di atas kepalanya.
 
(4) Abu Nu‘aim turut menceritakan dalam Hilyat al-Awliya’,[151] mengenai Abu Hurairah menerusi Ahmad ibn Hanbal, daripada Abi ‘Ubaidah Haddad, daripada ‘Uthman al-Syahham daripada farqad al-Sabkhi yang menceritakan: “ Abu Hurairah sedang melakukan Tawad sambil berkata:  “Celakalah perutku ini, apabila aku memenuhkannya, ia menyusahkanku dan apabila aku mengosongkannya ia mencelakakanku.”

(5) Al-Zamakhsyari menceritakan dalam kitabnya, Rabi‘ al-Abrar bahawa Abu Hurairah biasanya mengatakan: “Ya Allah, kurniakanlah gigi yang dapat mengunyah, perut yang hadam dan isi perut atau usus yang mudah kosong.”

(6) Dalam kitab yang sama, diceritakan bahawa Abu Hurairah suka akan Muzirah. Muzirah ialah sejenis makanan yang disediakan bersama susu yang menjadikannya masam. Justeru, biasanya dia makan bersama-sama Mu‘awiyah, tetapi apabila sampai waktu salat, dia akan mendirikan salat yang diimamkan ‘Ali (‘a.s). Apabila ditanyakan kepadanya dikatakan: “Muzirah Mu‘awiyah sungguh enak dan indah sedangkan salat di belakang ‘Ali (‘a.s) memberikan pahala yang lebih.” Oleh kerana alasan inilah, dia dikenali Syaikh al-Muzirah. Cerita ini menunjukkan bahawa Abu Hurairah ada dalam Perang Siffin, tetapi dia tetap mempertahankan keputusan yang tidak memihak di antara kedua-dua kumpulan dengan dua wajah dan dua lidah, yang bertujuan agar dia tidak memudaratkan dirinya untuk pergi kepada parti atau kumpulan yang menang pada akhirnya. 

            Masih terdapat satu tempat di antara Syria dan ‘Iraq berdekatan Siffin, sebuah binaan yang dikenali sebagai tempat Abu Hurairah. Orang ramai menceritakan bahawa sepanjang beberapa hari dalam Perang Siffin, Abu Hurairah  biasanya menunaikan salat bersama orang-orang ‘Ali (‘a.s), sementara makan pula bersama-sama Mu‘awiyah  dan ketika peperangan bertambah hebat, dia akan pergi ke kawasan berbukit yang berhampiran. Apabila ditanya mengenainya dia berkata: ‘Ali lebih mengetahui (alim), manakala Mu‘awiyah pula lebih selamat.”

(7) Abu Nu‘aim menceritakan dalam kitabnya,[152] Hilyat al-Awliya’ daripada Abu ‘Uthman al-Nahdi bahawa pada suatu ketika, Abu Hurairah dalam perjalanan ketika orang ramai berhenti dan bersedia menyiapkan makanan. Mereka mencari Abu Hurairah yang sedang sibuk menunaikan salat. Lalu dia berkata: “Aku berpuasa.” Ketika mereka hampir selesai, dia pun datang dan mulai makan. Orang ramai melihat kepada Rasulullah (s.‘a.w) yang berkata: “Kenapakah kamu melihatku. Dia telah memberitahuku bahawa dia berpuasa.” Justeru Abu Hurairah berkata: “Dia benar. Aku terdengar Nabi (s.‘a.w) bersabda: “Berpuasa pada seluruh bulan Ramadan ditambahi berpuasa 3 hari dalam setiap bulan menjadikan seseorang seolah-olah berpuasa sepanjang masa,” dan aku telah berpuasa 3 hari dalam bulan itu. Lantaran itu, aku makan sebagai mengurangkan kesukaran daripada Allah dan sedang berpuasa untuk menambahkan limpah rahmat daripada-Nya.”

(8) Al-Bukhari telah menceritakan dalam kitab Sahihnya[153] daripada Muhammad bin Sirin, dan demikianlah juga Abu Nu‘aim telah menceritakan dalam kitabnya, Hilyat al-Awliya’,[154] bahawa: “Kami bersama-sama Abu Hurairah dan dia berpakaian dengan dua helai, diperbuat daripada kain daripada tumbuhan rami yang dengannya dia gunakan untuk membersihkan hidungnya. Kemudian dia berkata: “Alangkah gembiranya Abu Hurairah sedang membersihkan hidungkan dengan kain tumbuhan rami, biarpun kamu telah menyaksikanku berdengkur di tempat antara mimbar Nabi (s.‘a.w) dan rumah ‘A’isyah sedangkan sesiapa pun boleh datang dann meletakkan kakinya ke tengkukku kerana percaya aku gila. Sebenarnya ia bukanlah kerana gila tetapi lebih kerana kelaparan.”

(9) Perkara baru mengenainya adalah dia biasanya bermain sidr sejenis permainan. Ibn al-Athir menulis tentang pengertiannya dalam kamus besarnya, al-Nihayah seperti berikut: Seseorang telah dikatakan menceritakan: “Aku lihat Abu Hurairah bermain Sidr…” Kemudian dia menambahkan: “Sidr ialah sejenis permainan melibatkan perjudian…” Kamus besar, Lisan al-‘Arab turut memberikan  pengertian yang sama kepada perkataan tersebut dengan tambahan bahawa terdapat sebuah hadith oleh Yahya ibn Abi Kathir mengenainya hingga dikatakan: “Sidr merupakan permainan syaitan yang lebih ringan bermaksud bahawa ia perbuatan syaitan.” 

(10) Berbicara mengenai pengertian Aqrab dalam kitab Hayat al-Hayawan, al-Damiri menyatakan bahawa ia permainan “ syatranj ” (catur) sambil menambahkan bahawa Saluki menceritakan ia sah daripada ‘Umar ibn al-Khattab, khalifah kedua, Abu Basr serta Abu Hurairah, manakala Abu Hurairah bermain permainan ini sudah lumrah diketahui  dalam kitab-kitab hukum Islam. Dia juga turut mengatakan bahawa Ajiri telah menceritakan daripada Abu Hurairah bahawa Nabi (s.‘a.w) bersabda: “Sekiranya kamu melintasi orang-orang yang sedang bermain dengan permainan catur dan silap mata, jangan berikan salam kepada mereka.” 

62. Kematian Abu Hurairah dan keturunannya yang masih selamat

            Kematian Abu Hurairah berlaku di istana dekat Abiq. Dia kemudian dibawa ke kota Madinah di mana anak-anak ‘Uthman bin ‘Affan (Khalifah ketiga) mengusung kerandanya ke maqam al-Baqi‘ sebagai balasan terhadap penghormatannya kepada bapa mereka. Salat jenazahnya dipimpin oleh al-Walid bin ‘Utbah bin Abi Sufyan, gabenor Madinah, kerana Marwan dipecat. Al-Walid memimpin salat jenazahnya selepas mendirikan salat ‘Asr bersama-sama orang ramai. Mereka yang hadir terdiri daripada Ibn ‘Umar, Abu Sa‘id al-Khudri dan yang lain-lain seperti mereka.

            Al-Walid kemudian menulis kepada bapa saudaranya, Mu‘awiyah, seorang khalifah memberitahunya  tentang kematian Abu Hurairah dan dia membalas balik: “Carilah orang-orang yang masih ada dan bayarkanlah mereka 10.000 dinar. Jagalah kaum kerabatnya dan berbuat baiklah dengan mereka, kerana dia merupakan salah seorang yang membantu ‘Uthman dan bersama-sama dengannya dalam rumahnya.

            Kematiannya berlaku pada tahun 57 atau menurut sumber lain 58 manakala yang lain-lain menyebutkan 59 Hijrah pada usianya 78 tahun.

            Di antara kaum kerabatnya yang masih ada yang kami ketahui ialah anaknya, Muharrir bin Abu Hurairah dan anak perempuannya yang dia selalu sebutkan: “Bapaku tidak membenarkanku memakai emas kerana takutkan api neraka.” Diketahui juga bahawa Muharrir mempunyai seorang anak bernama Naim. Dialah yang menceritakan tentang datuknya bahawa dia memiliki tali dengan 1000 biji manik dan dia tidak akan tidur kecuali dia menyebutkan mengenainya.

            Diceritakan juga daripadanya bahawa seseorang bertanya kepada Nabi (s.‘a.w): “Berilah nasihat kepadaku tentang apa yang patut aku tukarkan?” Nabi (s.‘a.w) berkata: Kamu patut berurusan dalam urusan pakaian kerana ia menggembirakan penjual kain bahawa orang ramai patut berpakaian cantik dan mengikut stail moden.”

            Ibn Sa‘d telah menyebutkan Muharrir dalam kitabnya, Tabaqat dan menunjukkan susurgalur keturunannya yang berkait dengan Dus. Dia mati semasa pemerintahan ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz. Dia sangat sedikit meriwayatkan hadith.







63. Glosari

Bani Umaiyyah
 Kaum kerabat dan keturunan Umaiyyah dikenali sebagai Bani Umaiyyah termasuklah rangkaian khalifah diketuai Mu‘awiyah yang berkuasa selepas kesyahidan ‘Ali (‘a.s) dan perjanjian damai dengan Imam al-Hasan (‘a.s).
Bi‘thah
Permulaan kenabian Nabi Muhammad (s.‘a.w)
Dinar
Wang emas bersamaan dengan 20 Dirham
Dirham
Wang perak
Fiqh
Nama digunakan kepada hukum-hakam Islam dalam pelbagai subjek.
Fitrah
Zakat yang wajib dikeluarkan oleh setiap muslim yang berada pada Hari Raya ‘Aid al-Fitri – 1 Syawwal
Haj atau Hajj
Menziarahi Ka‘bah (Baitullah di Makkah) dengan melakukan amalan-amalannya
 Hanafi
Merujuk kepada madhhab fiqh Islam yang mengikuti tafsiran hukum Islam yang dihubungkan kepada Abu Hanifah al-Nu‘man bin Thabit, yang  kini merupakan kumpulan majoriti umat Islam
Junub (daripada Janabat)
Keadaan seseorang sebelum melakukan mandi wajib selepas mengadakan hubungan kelamin atau mengeluarkan mani
Kursi (ayat
Ayat al-Qur’an yang di dalamnya perkataan kursi (bermaksud kerusi) disebutkan
Qunut
Bahagian salat yang dilakukan seseorang yang bersalat untuk memohon kepada Allah mengurniakan ganjaran tertentu sebagaimana dia kehendaki
Raka‘at
Bahagian yang membahagikan setiap bahagian salat pada umumnya terdiri daripada perbuatan berdiri sementara waktu, ruku‘, dua sujud dan akhirnya duduk sementara waktu dengan setiap satu disertai bacaan-bacaan tertentu.
Syahadatain
Dari segi bahasa, dua penyaksian iaitu menyaksikan dalam bentuk tertentu bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu rasul Allah.
Tasbih
Dari segi bahasa, mengagungkan atau membesarkan Allah. Juga dipakai merujuk kepada suatu tali yang pada kebiasaannya mengandungi 100 biji manik digunakan untuk mengulang-ulangkan perkataan atau kalimah tertentu yang dibaca untuk mengagungkan atau membesarkan Allah.
Ummah atau Ummat
Kata nama digunakan kepada sekumpulan orang yang mengikut Nabi (s.‘a.w) iaitu orang-orang Islam merupakan umat Nabi Muhammad (s.‘a.w). Oleh yang demikian, ia juga turut digunakan kepada umat muslim secara keseluruhannya.
Umm al-Mu’minin (Jamak Ummahat al-Mu’minin)
Dari segi bahasa, ibu kaum mu’minin. Gelaran pelengkap digunakan kepada seorang atau beberapa orang isteri Nabi Muhammad (s.‘a.w) dalam bentuk bilangan tunggal atau jamak mengikut peristiwa.
Wudu’
Membasuh tangan, muka dan lain-lain mengikut cara yang telah ditentukan pada umumnya ketika hendak menunaikan salat sebagai suatu tuntutan awal.
Zakat
Mengeluarkan cukai yang telah diwajibkan Islam ke atas harta.



[1]Ibn Hanbal, Musnad, II, h.282 (Hadith ini berlawanan dengan ayat al-Qur’an, surah al-Hujurat (49): 9: “ maka perangilah golongan yang berbuat aniaya itu sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah.”)
[2] Abu Nu’aim, Hilyat al-Awliya’, I, h. 381.
[3] Al-Humaidi, Syarh Nahj al-Balaghah, I, h. 358.
[4] Lihat: Al-Humaidi, Syarh Nahj al-Balaghah, I, h.359.
[5] Al-Hakim, al-Mustadrak, III, h. 510.
[6] Lihat: al-Isabah,  IV, h. 240. (Sila lihat baris akhir, dicetak di bahagian tepinya, kitab al-Isti‘ab)
[7] Ibn ‘Abd al-Barr, al-Isti‘ab - mengenai ‘A’isyah bersumberkan   daripada Ibn Syihab bahawa Rasulullah (s.‘a.w) mengahwininya   pada bulan Syawal, tahun ke-10 selepas kenabian (bi‘thah) iaitu 3 tahun sebelum Hijrah.
[8] Al-Bukhari, Sahih, I, h. 24. (Kitab al- ‘ilm; Bab Hifz al-‘ilm)
[9] Hadith ketiga dengan sanadnya sampai kepada Abu Hurairah. (Ibn Sa‘d, Tabaqat, IV, (bab II), h. 57.)
[10] Al-Hakim, al-Mustadrak, III, h. 509; al-Dhahabi, Talkhis - dan dikatakan oleh al-Hakim sebagai hadith sahih.
[11] Abu Nu‘aim, Hilyat al-Awliya’, h. 381.
[12] Ibn Sa‘d, Tabaqat, II, (bab 2), h. 119.
[13] Al-Bukhari, Sahih, I,  h.22 (Kitab al-‘ilm). Daripada Wahb bin Munabbih daripada saudaranya Hammam daripada Abu Hurairah.
[14] Al-Qastalani,  Irsyad al-Sari fi Syarh Sahih  al-Bukhari, I, h.373.
[15] Al-Bukhari, Sahih, IV, no.1, h.57 (Kitab al-Isti’zan); Mus­lim, Sahih, II, h.481 (Kitab al-Jannah); Ibn Hanbal, Musnad, II, h.315.
[16] Al-Qastalani, Irsyad al-Sari, VII, h.90 (Kitab Bid‘i al-khalq).
[17] Tarikh Baghdad, II, h.235 - mengenai Muhammad  bin  al-Husayn al-Matbakhi  dipetik daripada kitab Perjanjian Lama (al-‘Ahd  al-Qadim).
[18] Al-Bukhari, Sahih, IV, h.92; I, h.100.  
[19] Muslim, Sahih, I, h.86.  
[20] Ibn Hanbal, Musnad, II, h.275.  
[21] Al-Bukhari, Sahih, III, h.127 (mengenai tafsiran  surah  Qaf); Muslim, Sahih, II, (Bab al-Nar) yang dimasukkan dengan  orang-orang  zalim (al-Jabbarun) dan syurga yang dimasukkan  dengan orang-orang  yang  lemah (al-du‘afa’) -  menerusi  5  riwayat daripada  Abu Hurairah; Ahmad ibn Hanbal, Musnad,  II,  h.314 - daripada Abu Hurairah.
[22] Al-Bukhari, Sahih, IV,  h.68 (Kitab al-da‘wa; bab al-du‘a’ nisf al-lail); (Kitab al-Kusuf; bab al-du‘a’ wa’l-salat  min akhir al-lail),  I, h.136; Muslim, Sahih, (Bab al-targhib fi  al-du‘a’ wa’l-zikr  fi akhir al-lail), I, h.283; Ahmad ibn Hanbal,  Mus­nad, II, h.258 - daripada Abu Hurairah.
[23]  Ibn  Batutah, Kitab al-Rihlah,I, h.57 - turut menghadirinya dan melihat  dengan  matanya  sendiri. Perkara ini diceritakannya dalam kitab pengembaraan­nya, ketika membicarakan para Qadi di Damsyiq.
[24] Al-Bukhari, Sahih, (Kitab bid’i al-khalq, bab qaulu-hu  ta‘ala: wa  wahab-na li-Dawud Sulaiman ni‘ma al-‘abd  inna-hu  awwab), II, h.166; dan Muslim, Sahih, (Kitab al-‘Aqdiyyah, bab  bayan  ikhtilaf  al-mujtahidin), II, h.57; Ahmad ibn Hanbal, Musnad, II,  h.322 - daripada hadith Abu Hurairah.
[25] Al-Qur’an, surah Sad (38):26.
[26] Al-Qur’an, surah Sad (38):17-20.
[27] Al-Qur’an, surah Sad (38):40.
[28] Al-Qur’an, surah al-Isra’ (17):55.
[29] Al-Qur’an, surah al-Ma’idah (5):47.
[30] Surah Yusuf semuanya diturunkan di Makkah kecuali empat  ayat yang diturunkan di Madinah.
[31] Al-Qur’an, surah Yusuf (12): 7.
[32] Al-Qur’an, surah Yusuf (12): 31.
[33] Ibn Hanbal, Musnad, II, h.230 - daripada riwayat  Muhammad ibn Ja‘far daripada Syu‘bah daripada al-‘Ala’ daripada bapanya daripada Abu Hurairah, diriwayatkan secara marfu‘.
[34] Kami  menyebutkannya berdasarkan lafaz hadith  Muslim  daripada Abu  Hurairah menerusi banyak saluran. Dalam Muslim, Sahih,II, h.309 (bab Fada’il  Musa, Kitab  al-Fada’il); al-Bukhari,  Sahih, (Kitab  bid’i  al-khalq;  bab wafat Musa),  selepas  hadith  al-Khaydir, lebih  kurang  dua halaman, lihat juga dalam II, h.163; dalam Sahih, I, h.158, (Bab man ahabba al-dafn fi al-ard al-muqaddasah; Bab al-Jana’iz).
[35] Ibn Hanbal, Musnad, II, h.315.   
[36] Ibn Jarir al-Tabari, Tarikh al-Umam wa al-Muluk, II.   
[37] Lihat Al-Qur’an, surah al-Ma’idah (5): 45 – dapat dilihat dalam perenggan 23, al-Asihhah 21,  daripada Kitab Tawrat Yahudi dan Nasrani yang menyebutkan:  “ Diri dengan diri (nyawa), mata dengan mata, gigi dengan gigi, tangan dengan tangan, kaki dengan kaki.......!”
[38] Al-Bukhari, Sahih, II, h. 162; I, h. 42.
[39] Muslim, Sahih, II, h. 308.
[40] Al-Qur’an, surah al-Ahzab (33): 69).
[41] Al-Bukhari, Sahih, III, h. 100. 
[42] Muslim, Sahih, I, h. 97.
[43] Al-Bukhari, Sahih, II, h.158.
[44] Muslim, Sahih, I, h.71.
[45] Al-Qur’an, surah al-Anbiya’ (21): 51.
[46] Al-Qur’an, surah al-An‘am (6): 75.
[47] Al-Bukhari, Sahih, I, h.42 (sebelum Kitab al-Haid); II, h.160 (sebelum hadith al-Khaydir bersama Musa).
[48] Al-Bukhari, Sahih, II, h.114.
[49] Muslim, Sahih, II, h.264.
[50] Al-Bukhari, Sahih, I, 145 (Bab man yukabbir fi sajdatai al-sahw).
[51] Muslim, Sahih, I, h.215 (Bab al-sahw fi al-salat wa al-sujud lahu). Lihat: Ibn Hanbal, Musnad, II, h.234; al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, XI, h.6.
[52] Al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, IV, h.235.
[53] Ibn Hanbal, Musnad, II, h.271; 284.
[54] Muslim, Sahih, I, h.215-216.
[55] Al-Bukhari, Sahih, IV, h.71.
[56] Muslim, Sahih, II, h.392.
[57] Al-Bukhari, Sahih, IV, h.39.
[58] Al-Bukhari, Sahih, I, h.143.
[59] Muslim, Sahih, I, h.204.
[60] Al-Qur’an, surah Fussilat (41): 36; al-A‘raf (7): 200.
[61] Al-Qur’an, surah al-‘Ankabut (29): 45.
[62] Al-Qur’an, surah al-Nahl (16): 98.
[63] Muslim, Sahih, I, h.254 (Bab Qada’ al-salat al-fa’ilah)
[64] Al-Qur’an, surah al-Muzammil (73): 1-4.
[65] Al-Qur’an, surah (20): 2-3.
[66] Al-Bukhari, Sahih, I, h.136 (Bab ‘aqd al-syaitan ‘ala qafiyah al-ra’s idha lam yasil bi’l-lail); Ibn Hanbal, Musnad, II, h.153.
[67] Al-Bukhari, Sahih, I, h.73 (Kitab al-Salat; Bab fadl salat al-‘isya’)
[68] Lihat: Al-Bukhari, Sahih, II, h.179; Ibn Hanbal, Musnad, II, h.251.
[69] Muslim, Sahih, I, h.254.
[70] Al-Bukhari, Sahih, II, h.171, 190.
[71] Muslim, Sahih, II, h.316; juga Ibn Hanbal, Musnad, II, h.246.
[72] Al-Bukhari, Sahih, I, h.192; III, h.90.
[73] Muslim, Sahih, I, h.517.
[74] Lihat: Al-Bukhari, Sahih, III, h.9.
[75] Al-Hakim, al-Mustadrak, II, h.131.
[76] Ibn Hanbal, Musnad, I,h.2.
[77] Lihat: Syarh Nahj al-Balaghah, I, h.369.
[78] Al-Qanduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, I, h.90-91; Ibn Hajar al-Haythami, al-Sawa‘iq al-Muhriqah, h.190-193; al-Syablanji, Nur al-Absar, h.89.
[79] Lihat: Al-Hakim, al-Mustadrak, III, h.124.
[80] Al-Hakim, al-Mustadrak, III, h.111.
[81] Al-Bukhari, Sahih, II, h.194.
[82] Al-Bukhari, Sahih, II, h.171.
[83] Al-Bukhari, Sahih, II, h.125.
[84] Muslim, Sahih, II, h.74.
[85] Al-Qur’an, surah al-Naml (27): 16.
[86] Al-Qur’an, surah Maryam (19): 5-6.
[87] Al-Qur’an, surah al-Nisa’ (4): 11.
[88] Al-Qur’an, surah al-Baqarah (2): 180.
[89] Al-Bukhari, Sahih, II, h.124.
[90] Muslim, Sahih, I, h.31.
[91] Al-Qur’an, surah al-Qasas (28): 56.
[92] Al-Bukhari, Sahih, II, h.86 (Kitab al-Wisayah; Bab hal yadkhulu al-nisa’).
[93] Al-Qur’an, surah al-Kahfi (18): 5.
[94] Al-Bukhari, Sahih, II, h.149.
[95] Muslim, Sahih, II, h.536.
[96] Muslim, Sahih, I, h.412.
[97] Al-Bukhari, Sahih, IV, h.15.
[98] Al-Bukhari, Sahih, II, h.167.
[99] Muslim, Sahih, II, h.377.
[100] Al-Qur’an, surah al-Rum (30): 30.
[101] Al-Bukhari, Sahih, II, h.29.
[102] Muslim, Sahih, II, h.357.
[103] Lihat: Ibn ‘Asakir, Kanz al-‘Ummal, V, h.239 (Hadith al-Sa’ib bin Yazid; no.4857).
[104] Al-Bukhari, Sahih, III, h.5.
[105] Muslim, Sahih, II, h.533.
[106] Al-Bukhari, Sahih, II, h.26.
[107] Al-Bukhari, Sahih, II, h.170.
[108] Al-Bukhari, Sahih, II, h.149.
[109] Muslim, Sahih, II, h .445.
[110] Al-Bukhari, Sahih, II, h.35; IV, h.36.
[111] Al-Bukhari, Sahih, II, h.35; IV, h.36.
[112] Muslim, Sahih, II, h.444.
[113] Lihat: Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, IX, h.125.
[114] Al-Bukhari, Sahih, IV, h.6.
[115] Al-Bukhari, Sahih, II, h.22.
[116] Al-Bukhari, Sahih, IV, h.65.
[117] Al-Bukhari, Sahih, II, h.168 (Bab wa udhkur fi al-kitab Maryam…)
[118] Lihat: Al-Hakim, al-Mustadrak, II, h.325. al-Dhahabi turut mengesahkannya dalam kitab Talkhis al-Mustadrak.
[119] Lihat: Al-Hakim, al-Mustadrak, II, h.48.
[120] Lihat: Al-Bukhari, Sahih, III, h.34.
[121] Al-Qur’an, surah  al-Baqarah (2): 159.
[122] Lihat: Syarh Nahj al-Balaghah, I, h.359.
[123] Lihat: Ibn Qutaibah, Ta’wil Mukhtalaf al-Hadith, h.27.
[124] Al-Qur’an, surah al-Baqarah (2): 18.
[125] Ibn ‘Asakir, Kanz al-‘Ummal, V, h.239. (Hadith no.4885).
[126] Muslim, Sahih, I, h.34.
[127] Al-Hakim, al-Mustadrak, III, h.509.
[128] Ibn Qutaibah, Ta’wil Mukhtalaf al-Hadith, h.27.
[129] Ibn Qutaibah, ibid, h.126.
[130] Lihat: Ahmad Amin, Fajr al-Islam, h.259.
[131] Ahmad Amin, ibid, h.259.
[132] Lihat: Muslim, Sahih, I, h.625.
[133] Muslim, Sahih, I, h.349; al-Hakim, al-Mustadrak, III, h.510.
[134] Ibid.
[135] Al-Qur’an, surah al-Baqarah (2): 159-160.
[136] Al-Qur’an, surah al-Nur (24): 37.
[137] Al-Bukhari, Sahih, II, h.34.
[138] Lihat: Muslim, Sahih, II, h.358.
[139] Ibn Sa‘d, Tabaqat, IV, h.56.
[140] Ibn Hajar, al-Isabah, h.381 (dalam keterangan mengenai Abu Hurairah)
[141] Abu Nu‘aim, Hilyat al-Awliya’, h.381 (dalam keterangan mengenai Abu Hurairah).
[142] Lihat: Al-Isti‘ab dan kitab-kitab lain. Ahli-ahli hadith menceritakan hadith ini menerusi rangkaian perawi yang dipercayai.
[143] Al-Qur’an, surah al-Haqqah (69): 12.
[144] Lihat: Al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf; al-Tha‘labi, Tafsir al-Tha‘labi, al-Razi dan lain-lain.
[145] Ibn Hanbal, al-Musnad, V, h.44.
[146] Al-Qur’an, surah al-Baqarah (2): 79.
[147] Ibn Hanbal, Musnad, II, h.43.
[148] Ibn Qutaibah, al-Ma‘arif, h.94.
[149] Ibn Sa‘d, Tabaqat, IV, (Bab II), h.6.
[150] Abu Nu‘aim, Hilyat al-Awliya’, I, h.382.
[151] Abu Nu‘aim, Hilyat al-Awliya’, I, h.382.
[152] Abu Nu‘aim, Hilyat al-Awliya’, I, h.386.
[153] Al-Bukhari, Sahih, IV, h.175.
[154] Abu Nu‘aim, Hilyat al-Awliya’, I, h.379.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar